Followers

nuffnang

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, November 14, 2011

masak-masak la pulak..



kali ni terlebih rajin pulak nak upload gambar menu yang mama masak ritu.
jeng..jeng..jeng...


percubaan pertama..ngeh,ngeh,ngeh,
tidak mengecewakan
.
.

nasi hujan panas
+
ayam masak merah
+
acar timun masak






 

Friday, September 9, 2011

jom pekena cucuq cempedak




sedap tu..buah cempedak yang abah wan bagi ritu.
klu beli kat kedai ni mau beringgit-ringgit mahalnya.
sedap di buat cucuq, makan petang dengan ayaq kopi..hehe


taraaa...cucuq cempedak dah siap..
air kopi skali..jemput-jemput... ^_^

 

Sunday, August 14, 2011

Jus Cinta



Jus cinta versi kaler oren :-)
sesekali minum ni rasa sejuk je tekak.
minat nk cuba?

rebus 8-10 biji asam boi 
 (putih atau merah- MA masak yg merah sbb ni je yg ada kat kedai akak tu..ekeke)
sedikit gula
2,3 biji limau kasturi (diambil jusnya).

masa nak minum tu masukkan ais.. segarnyaaa :-)


 

Thursday, March 31, 2011

selera makan makin meningkat..asyik lapar je..


 sesuatu yang agak merisaukan mama bila kerap rasa lapar dan nak makan di akhir-akhir pregnant ni.
risau takut baby dalam peyut ni akan membesar mendadak, menyukarkan mama bersalin kelak.
  dan jugak takut badan ni berisi balik..huhu
seksanya nk slim balik sbb mama ni jenis tak tahan diet.

tapi nasib baik masa p timbang Selasa lepas kat KK, berat maintain.. tak berubah..
sepanjang Mama pregnant kali ni, hanya naik sekitar 5-6kg sahaja.

Petang kelmarin adik ofis mama belanja RFC.
padahal mama baru je lepas makan nasi.. ku makan lagi RFC tuh..huhu
lepas tu makan pulak aiskrim yang Mama kirim ngan member sbb rasa loya2 je..(nak dekat bersalin ada rs loya2 gak ekk?)

apa2 pun TQ banyak2 kat Adik ofis mama sebab belanja ekk..
toche..toche... ^_^


sedap... 


 

Friday, March 25, 2011

Sotong goreng simple


cepat dan simple,
tp sedappp.. hehehe

resepi senang lagi dari MA..

tumis bawang putih , halia dan bawang besar.
masukkan sos tiram 1 sudu
masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit & garam 
masukkan sedikit gula 
sedikit air jika xmau kering sgt.
dan akhir sekali cili yang di mayang..








 

Wednesday, March 23, 2011

cucur udang & kentang


ni cucur kentang + udang.
resipi apa yang ada kat dapur ritu.

bila time hujan, perut mula la lapar..
masa tgh berselera dan boleh makan ni (nantikan ai nk kena pantang lama? huhu)
jadi buat la cucur ni.

resepi simple je.
apa2 yang ada kat dapur tu...
kat dapur MA ms tu yg ada....

bahan2....
2-3 biji kentang ~ dipotong kecil2 (dadu)
udang pun potong2 kecik
udang kering (kalau ada)
gandum- ikut la nak banyak mana ya..
telur 1 biji
cili merah-potong2 
garam & gula secukup rasa
air.

** gaul je semua tu, pastu boleh la goreng..
sonang yooo.... hikhik...


makan pulak ngan sos penyicah... 
makan panas2..emm.. mmg sedappp....


bestttt..kekekeekee
puji jgn x puji.. kang MAMA xbuat klu x puji.. hahahaha

 

Monday, February 28, 2011

Makan-makan ~Cikgu Nasi Ulam Taman Selera Kraftangan Kelantan


Jumaat lepas, bertolak balik kg.
Sabtu kuar beli barang-barang keperluan sket sambil survey dua tiga benda. Hik..hik
Pastu tiba time tghari, mula la perut berdangdut mintak di isi.

MA & hubby singgah kat Cikgu Nasi Ulam di Taman Selera Kraftangan untuk makan.
Member rekomen suh makan kat sini.
adei la..org Kelate sendiri pun leh xtau tempat ni.. apa la MA nih..
nampak ngat kurang jalan-jalan nih.. hahaha


Masa sampai tu kira-kira jam 2 ptg.. org mmg ramai giler. 
meja semua penuh..
lauk pauk pun banyak yg dah licin. kena la tunggu kejap sbb masih ada atas dapur.
macam-macam ada la...


Harga pun berpatutan. 
patut la MA tgk ramai yg ambik dan hidang semua atas meja..
Sebab malas nak tunggu lauk/gulai baru siap, kami ambik mana yang ada je.
tp mmg ok la makan kat sini.

kredit pada catzscafe.blogspot.com

Sapa-sapa yang datang ke kelantan, boleh la singgah kat sini.
lepas makan tu boleh jenguk2 kraftangan yang di jual kat sebelah restoran tu.. :-)



Sunday, January 23, 2011

suka makan apa bila peknan yea....?

salam semua..

bab ni best sket nk story skrg..sebabnya?

MA kan br je boleh makan.

kalau diawal2 pregnant dulu MA langsung tak lalu & tak boleh nak makan apa-apa pun, 
asal makan je muntah, terpikir makan je nk muntah.. sedih gak, sampai berat pun turun 1-2 kg..sampai la nak masuk 5 bulan pregnant..baru selera tu terbuka sedikit demi sedikit..

bila dah mula boleh makan tu, ada beberapa jenis makanan yg MA suka makan.. esp. bila datang time2 xlalu nak makan tu..

antaranya:


 
 Yong Tau Fu
(yang ni bukan MA je makan, hubby pun mmg suka all the time..nih)


 lamb chop /steak
(adeh..kang ada yg kata mengada2 la plak kang..
relax la.. bukan mkn selalu pun.. bila teringin ja...
yang pasti, mata anakku nanti kompom xbiru..coklat kot mcm mama dia.. ^_^  )

Gulai ikan keli
(tengok pada tempat jgk la.. sblm kawin MA mmg xsuka pun ikan keli nih..tp skrg suka la pulak.. ^_^  ) 

Gulai ayam
(lagi la klu masak cara kelantan.. err..ada beza ka ekk?)


 Buah Betik
(klu org lain suka makan asam atau buah yg masam2, tp MA suka yang manis2 ja..,
yang masam langsung xleh terima.. )

Buah tembikai
(juga peberet... sejukkkk je rasa tekak )
kredit to MR Firdaus.com

**** semua gambar di atas, MA ambik dr MR Google ya!


mcm2 selera org peknan ni kan?
tp yg bestnya, apa yg MA suka tu hubby pun suka gaks.. ^_^



 
 

Wednesday, November 24, 2010

BBQ di taman kami..

Ni aktiviti taman kami. walaupun usia baru setahun jagung tp agak aktif.
Suka jgk bila sesekali buat aktiviti yg libatkan geng2 taman ni.
Baru leh kenal2 jiran tetangga kan?

Sabtu lepas, dah set buat BBQ utk ahli taman.
ramai jgk ahli yang hadir.
ingat de sambutan.
sebelum tu buat kacau dodol tp yg tu cuma libatkan area rumah kami je..

BBQ tu start malam..kebetulan kami br balik dr alor setar.
macam2 ada tp MA segan la nk snap gambar menu2 tuh
daging bakar, ayam, udang, sotong, rendang, nasi goreng, bihun, satay, bihun sup, buah, lemang. (tu je yg ingat)

pastu ada plak selingan main bunga api.. seronok kanak2.. :-)

ok, ayan gambar yg sempat MA snap ni.. :-)


sempat lagi pose..Anis dapat goodies sbb ada yg bt birthday party skali time tu.

meriah ngn bunga api ni..

akhir sekali..:-)
nasib baik boleh la mkn sket2... alahan dah makin kurang.
alhamdulillahhhh


Tuesday, August 3, 2010

JJCM ~ chicken rice shop

Jumaat lepas, ms nk shopping brg dapur singgah lunch kat Chicken Rice Shop. Lunch pun dah petang...lepas abah balik smbyg Jumaat.


Anis la ckp nk makan mee wantan kat sana, jadi order 1 pinggan kat dia. Kami berdua mkn nasi ayam roasted je..


Ms tunggu makanan sampai terserempak ngn Bedah tepi umah..kekeke
oo..mai shopping gak ekk.. xsempat nk berposing ngn Bedah.. sbb dia nk cepat..cik abe dah tunggu kat parking kheta dah.. amboi...xsabar2 dah dia nk balik..kekeke

muka budak seronok dpt mkn mee wantan..

kekenyangan..banyak tu mee wantan tuh. last2 kami jgk yg abiskan..kekeke