Followers

nuffnang

Showing posts with label Adam Hasif. Show all posts
Showing posts with label Adam Hasif. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

sama tak?



cuba teka yang mana satu adik, yg mana satu abang? :-)
 

Saturday, July 28, 2012

Favourite Hasif


Salam Ramadhan semua
asyik on off je kan MA update blog.
bizi2...hehe

persiapan raya uols semua macamana ekk?
dah settle semua?
MA kali ni banyak beli secara online untuk baju ,kasut dan keperluan anak-anak.
sket ja shopping kat luar.
susah ngan si kecik dan si abang yang buas sesangat.

ok, ni sebenarnya nak story pasal si abang.
si abang, buah hati busyuk mama ni yang nakal dan suka buli adik.. (sekarang boleh la buli ekk..tunggu la adik besar nanti..kita tgk sapa kena buli..hahahaha)
suka layan rancangan Karot Komedia X.
klu ada rancangan ni kat tv mesti x pegi jauh la dia.. hehehe


cukup suka tang dikir barat tu.
peh..nampaknya darah 'kelate' tetap ada dlm tubuh dia..
hahahaha.. 


 

Monday, April 30, 2012

Celebrate his 1st Birthday..on my day..hehehe


 28 April lepas...
kat umah je....

Ni birthday boynyer... 
ini kek nyer.... Chocolate Indulgence by SR 

Ini kakak nyer yg dah umur 6 tahun...

i'm so happy.. walaupun ritu sebenarnya birthday Mama.. tp saja bt utk Hasif sebab cuti.. senang nak handle.. :-)
luv both of my kids...



Tuesday, April 24, 2012

so sweet




suka bila tengok anak-anak tidur macam ni.. termasuk abahnya skali la.. :p
ni setelah letih berperang atas katil..
si adik suka geget si kakak..
suka bt ala-ala wrestling..
tarik rambut kakak pastu buat-buat geram...
si kakak pulak gelak sebab geli..hahahaha
kadang-kadang tu mama & abah pun kena skali..


bila dah letih.. lepas pekena susu sebotol sorang.. baru lena..
hehehe...

ni baru 2 orang..boleh bayangkan dak kalau tambah lagi sorang si kecik yang buas mcm Hasif ni? kekeke

Tuesday, April 17, 2012

nak kemas rumah?




rumah mama sekarang (kira standard la bg sapa-sapa yang ada anak kecik ni..)
kemas dan cantik cuma 5 minit ja..
lepas tu..jadi la mcm kat atas tu..

kadang-kadang kalau orang datang kelam kabut jugak nak kemas
tapi kejap ja..pastu Hasif akan tolong "sepahkan' balik. hehe

takpe la.. nak buat mcmana kan..
memang budak-budak sebaya dia suka buat mcm tu.. :-)

sekarang ni selalunya waktu malam selepas Hasif tidur baru mama akan kemas balik rumah.
bila bangun pagi2 tengok rumah dah kemas, rasa la seronok dan tenang sket nk p keja..
tp kadang-kadang bila mama masuk bilik skali dan tertidur sama dengan Hasif dan kakak..maka rumah akan jadi tongkang pecah la..huhu

korang mcm tu jugak ka? 

Tuesday, April 10, 2012

Happy Birthday my lil prince.. Adam Hasif


Happy Birthday to you,....
Happy  Birthday to you...
Happy Birthday to Hasif, Happy Birthday to youuu...

mmuahs...

 wah, dah setahun umur anak mama nih.
rasa baru ja mama kuar hospital, dan masih terasa saat2 mama bersalinkan Hasif dulu.

"emcem dak saye?"

sekarang dah pandai macam2 dah..
nakal pun boleh tahan.
kalah kakak..esp bab bebai..hahaha
memang beza sgt antara anak perempuan dan anak lelaki ni.
lasak dan nakal. :-)
memang letih jaga dia nih..aktif sesangat.
apa2 pun mama sayang sgt dua -dua anak mama ni.

InsyaAllah hujung bulan ni kita potong kek ya..
kita join together ngn mama..hahaha


last skali musti enterprame la mama dia.. 
ngeh..ngeh..

Monday, March 19, 2012

almari baju baby / Hasif

dah banyak baju-baju Hasif sekarang ni.
semuanya mama letak dalam bakul khas.
tp rasanya dah sampai masanya mama transfer ke almari baju2 Hasif ni.
senang sket nak kemas & check mana yang boleh pakai dan mana yg nak simpan utk 'adik' dia kelak. kikiki

rata-rata almari yang mama jumpa ada gambar kartun ben-10.
ala, mama xsuka la gambar tu.. klu gambar mickey ok lagik..
hehe..

nampaknya kena survey lagi ni...
sementara mama larat nak mengemas, baik buat cepat-cepat.


 Anis boleh la beli almari kaler pink mcm ni kan? :-)



Monday, March 12, 2012

Hasif dah 11m dah...



Sabtu lepas, genap la Hasif 11m,
cepatnya.. mama pulak bila orang tanya dah brapa bulan Hasif ni..asyik dok cakap 10m ja..kekeke

bulan depan kna cucuk la dia sbb dah cukup setahun.
sebenarnya minggu lepas Hasif baru je kena demam campak.
padahal sblm ni dah kena, kali ni kena lagi.
tapi xlama pun, 3-4 ari pastu dah hilang. mcm tak keluar abes je rasanya..

sekarang dah pandai meniti sepanjang kabinet tv tu.
semua barang-barang atas meja kena letak kat tempat tinggi dah.
rumah pulak xsampai 5 minit nyer cantik/kemas..
pastu..jadi mcm tongkang pecah balik..adei la..

kena kerap vacum la sbb Hasif ni cukup rajin kutip semua benda atas lantai..pastu sumbat dlm mulut dia.
ish..risau pulak mama.
klu sapu je mmg x hilang semua debu2 tu... 
kena vacum dan mop. lotih....
 

Monday, February 13, 2012

Buah hati mama


Lepas kenduri, satu family demam
berjangkit dari Hasif, mama, Anis dan abah.
pastu Hasif dan Anis balik..

kesian bila anak-anak demam..
terutama klu selsema.. malam2 susah nak lena sebab tak boleh bernafas.
bila anak-anak tak lena, mama pun confirm tak boleh lena sebab risau takut nanti jadi apa2 pulak..
tiap-tiap malam 3 kali bangun buat susu kat Hasif tu wajib..belum campur bangun tiap kali dia merengek..
sudahnya..mama dah ting tong ke ofis sekarang.. huhu



 payah nak snap gambar Hasif senyum kan? 
ni ada sekeping gambar Hasif senyum.. emcem dak? ^_^
rasa-rasa iras mama ke abah dia ekk?

ni pulak anak dara mama
dah besar dah pon... dan dah pandai mintak suruh make up dia tiap kali ada kenduri atau besday party..
(tu belum kira yang dia curi2 make up sdri tuh)
mama borek, anak rintik... ^_^

glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Tuesday, January 31, 2012

Bila saya tak larat (malas) pegang biskut.. :-)


Anak lelaki ni lain sket peel dari anak perempuan kan?
macam Hasif ni.. sekarang dah pandai pegang sendiri makanan mcm biskut atau botol susu cuma agak penyegan sket (ayat org Kedah)
mcm ni la aksi dia bila mama bagi pegang biskut. huhu..


 mula-mula...

 pastu...mcm ni la jadinya..

 hahaha..dan lagi...

dan lagi.... hehehe


"apa tengok-tengok? owang nak makan pun tak senang...."