Followers

nuffnang

Showing posts with label ngomel. Show all posts
Showing posts with label ngomel. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa Semua..


buat semua teman-teman MA di alam maya ni
MA nk wish  u all Selamat Menjalani Ibadah Puasa ya.
seronok sapa yang dapat pergi berterawih tu
MA kompom tak boleh p terawih mcm tahun lepas jugak sebab sekarang ada baby kecik lagi..
tapi teringin jugak curi2 waktu tu..

petang ni InsyaAllah MA ngn family nak keluar beli buah durian..
nak makan sebelum start posa nih..hahaha
plan nk bt serawa sama, cicah ngn roti jala..hoho...

pastu beli ikan,udang untuk persiapan puasa nanti.
Rasanya Sabtu ni start puasa kan? hehehe



 

Sunday, July 15, 2012

rumah oh rumah...


sekarang susah nak tengok rumah kemas  dan cantik mcm dulu jika ada anak-anak kecil ni. 
5 minit ja lepas kemas, mesti jadi macam tongkang pecah balik. haha
letih sungguh.

sepanjang MA cuti berpantang ni, boleh la lagi kemas rumah masa si abang  kat rumah pengasuh,
tapi bila dah start kerja nanti tak tau la..
sekarang tunggu safety gate yang tempah tu siap di pasang.
harap-harap, lepas ni terhad sket la ruang si abang nak bt sepah tu.. kiki

kalau la sentisa menten macam ni kan?



 

Monday, June 18, 2012

tak seperti yang di jangka...



sapa kata dok rumah ngn baby banyak masa free?
mula2 mama ingat mcm tu la..
dok berangan sblm ni...
"nanti masa berpantang tu..bila badan dh kuat sket nak buat tu la, ni la.."
macam2 la dok berangan tuh.

alih-alih..bila dah alaminya  huh...xde masa sgt,..
lain la kalau ada orang lain sama yg dok jaga baby kita..
kalau kita sorang ja..huhu..jgn berangan la..

sekarang ni mama pulak asyik dok sakit gigi..
padahal sebelum bersalin ritu dh p tampal dh.
ni sakit balik. nampaknya mmg nk kena p cabut la.
seksa rs kalau sakit ggigi...



 

Tuesday, May 29, 2012

kain raya tak beli lagi nih!

.

macamana ni..
kain raya untuk kami dua beranak masih belum beli
nak keluar shopping , mama masih dalam pantang
baru 21 hari tu...
kalau tak beli sekarang, tailor dah tak mau ambik..
(sekarang pun belum tentu nak terima ka tak booking tu..kiki)

untuk abah n boboboi (sebab dah ada 2 boys kan..hikhik) xde masalah
leh beli siap je..
cuma sekarang masalahnya nk set kaler dan beli kain pasang untuk kami dua gegirl jelita ni jek.hahaha..
mmm.. nampaknyer kena langgar pantang la kejap yee.. hahaha

nak pilih warna apa pulak ekk tahun ni? pink, biru, lilac, oren, kelabu?  pilih..pilih....


kasut ANis, adiah dari Teh Mimie/Csue.. leh pakai raya ni jugak la.. :-)


p/s: sekarang masih dlm proses untuk turunkan berat badan...
sebab tu kul 10pm masih makan nasi..hahahaha 



Wednesday, March 14, 2012

cara-cara nak pakai shawl ala Diana Amir dan Dian Pelangi

Assalamualaikum gals,

arini teringin pulak nak share bab kecantikkan .
tapi bukan make up, cuma kali ni nak share cara nak pakai selendang @ tudung trend terkini.

bila free, mama selalu google video tentang cara-cara memakai tudung /selendang etc.
pastu balik rumah try la pulak.
cuma segan nk try kat luar..kiki
tp rsnya kali ni mcm nk try kot sebab selendang banyak kat umah cuma beli tp xpernah try..kiki


ni video yang mama jumpa tentang cara 2 nk pakai shawl ala Diana Amir..


ni pula cara Dian Pelangi, dia hanya guna tudung bawal ja.. simple tp cantek.
mama pulak mmg ada banyak koleksi tudung bawal ni yang dah tak guna sebab malas nk iron..kekeke
jom kita usha tengok ya..


simple tp cantek kan? 
apa lagi..jom kita pakat try...kekeke

Saturday, February 18, 2012

sudah jatuh ditimpa tangga.. :-(


tak sampai seminggu kami sekeluarga di uji lagi...
kali ni mama pulak excident, otw ke klinik.

kereta mama kena langgar dek motor dari arah bertentangan.
memang mama tak sangka sgt2.. dan mama tak sedar pun ada motor sebab kat situ ada selekoh.
mama pulak dari arah bertentangan nk masuk ke simpang.

bila tgk jalan depan clear, mama bg signal dan masuk..alih2 datang motor yang laju terus belah kereta mama.
bila masa dia datang pun mama memang tak perasan, sedar2 'BAM!!!" bunyi kereta kena langgar dr belah penumpang.
dan mama boleh tengok budak tu terbang ke kanan mama.
Ya Allah..terkejut giler la.

nasib baik masa tu mama sorang ja.. tak bawah ANis dan Hasif.
syukur sangat2.
mamat tu mama ingat teruk la..tp lepas p tgk dia di hospital, cedera ringan ja.. n staff hospital cuma sapu ubat kuning ja..tp pastu dia ke unit kecemasan lagi sbb katanya sakit kaki n claim jari kaki dia patah.
maybe dia takut sbb tu bukan motor dia.

ntah la.. serabut kejap mama rasa.
rupanya nak settle kes excident ni memang renyah.
kena turun naik balai polis, p workshop..itu ini.. huhu
dah la hubby tak sihat lagi.. kesihatan mama pun makin teruk, asyik batuk2..sampai nk tido pun susah...dan sakit pinggang.

 leh bayangkan sendiri kelajuan motor tu ..sampai mcm ni jadi kereta mama..huhu
sik baik mama tak laju sama..klu tak lagi teruk mamat tu. :-(

hubby dengan bertongkat terpaksa teman mama ke workshop kheta. 
sedih bila tgk kereta kesayangan jadi mcm ni.. huhuhuhu...


lepas ni pening nak pikir mcmana pulak nak p kheja sebab mama cuma ada kheta tu ja..
adoiii...stress jap!!!

apa2 pun, mama pasti ada HIKMAH disebalik semua ni..
cuma pohon diberi kekuatan untuk lalui segala cubaan ni... AMinnnn

p/s; esok kena ke balai lagi utk settle kes tu..lotihhhhhhhhhhhhhh


glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Wednesday, February 1, 2012

Ideas deco untuk bilik si Puteri Mama..


mama dah lama plan nak deco balik bilik tengah tu.
ingat nak buat bilik untuk Anis, 
nak letak mainan dia yang dah makin banyak tu.

tapi memandangkan yang bilik tu pun tak la besar mana jadi mama ingat nak let go katil queen mama tu (murah-murah ja) kiki
sapa nak leh contact mama..  :-p
plan nak tukar ngan single bed atau double decker bed. 
pastu beli almari baju untuk Anis dan Hasif.

cuma tengah cari idea ja.
yang sesuai untuk bilik yang kecil :-)

jom usha-usha gambar kat bawah ni.. 
cantik-cantik semua.. geram laks tengok...











 

Monday, January 30, 2012

nak cepat punyer pasal...



tak tau la pemilik kheta ni keja kat mana.
klu kat Penang, jenuh naik highway dan jambatan Pulau Pinang la dia angkut cadar dia tu..
punyer la nak cepat, abes orang dia potong.
mula -mula tu MA ingat nak tolong bgtau la (almaklum la mama ni baik sket org nyer..kiki)
tp sebab laju sket dia bawak jadi MA sempat snap gambar je la ms traffic light merah tu..kiki

rasa2 bila sampai ofis tu dia sedar tak ekk?  ^_^


 

Friday, January 13, 2012

agenda hari minggu ini..



minggu ni Kedah bercuti selama 3 hari (horeyyyyyyyyyyyyyyyyyy)
sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

plan MA minggu ni nak buat gotong-royong ngan hubby untuk kemaskan rumah 
dan setup balik kaftanbatik kami yg agak kelam kabut sket awal-awal tahun ni..
maklum la bizi di ofis jd tak dapat nak tumpu pada kaftanbatik semasa di rumah
balik-balik ja dah letih..hoho

harapan agar minggu ni MA sihat dan plan tu berjalan dengan lancar..hoho
hidup MAMA ANiS & HASiF.....
 

Tuesday, November 22, 2011

korang bizi tak?


akhir-akhir tahun.. ada yang bizi tak?
cikgu cikgi la yang tak bizi...
boleh rehat, main ngan anak-anak..
klu kena bt kelas tambahan pun bukannya sepanjang hari dan sepanjang minggu..
so boleh consider lagi la kan?

mama pulak akhir-akhir tahun ni ingat leh la keja ngan AMAN sket.
tp rupa2nyer idak yop.
awal minggu lagi dah dapat email , ISO akan start tengah bulan depan..
jadi banyak benda yang kena baiki ..
itu, ini, begitu, begini la..

arahan datang dan ubah ikut suka..
kita yang kat bawah la yang terkinja-kinja..
pening , kalut segala.
belum siap satu keja, keja lain plak tiba...
semua nk segera.. adei la..
plan asal nak buat keja lain yang ada ..
kini terpaksa tunda..
haru..huhu

dah mcmtu, blog la tempat luahkan segala..
ekekeke.. bukan mengutuk bukan mengata
cuma luah apa yang di rasa
moga nanti tak jadi gila.

ok, mama nk sambung keja..
nanti bertimbun atas meja.. 
bai...
sayang semuaaaaaaaaaaa....


Wednesday, November 2, 2011

kalut..semua demam... :-(




nak cepat..
dah lama x berblogging
minggu2 yang memenatkan sebab satu family demam
start ngan MA, pastu Anis, Abah dan skrg Hasif pulak..

Kesian Hasif..badan pun dah susut.
dah nk masuk 7m tp berat baru 7kg ja..
xpa..mama tak kisah..
janji sayang cepat baik ya...
mmuahs



 

Tuesday, October 18, 2011

teringat masa kecik-kecik dulu, tangkap ikan tepi paya




google dr internet..

ni cerita orang kampung, maklum la kami orang kampung..hehe
kecik-kecik  dulu sebelah rumah ada paya. jadi tiap kali musim tengkujuh mesti paya tu akan penuh dengan air dan ikan .
macam-macam ikan ada :-puyu, sepat, keli, haruan..

google dr internet..

ayah MA pulak suka makan ikan darat ni
jadi wajib la dia pasang jala dan bubu kat paya tu..
MA dan adik masa tu pagi2 cukup suka ikut ayah p kutip ikan yang lekat kat jala dan bubu tu..
macam-macam yang dapat..
kami kutip dan letak dalam baldi yang kami bawak sama..
pastu balik umah, ayah akan siang dan mek akan goreng atau bt gulai ikan-ikan tu...
tapi mek MA tak makan ikan sungai..hehe
geli dia kata..hikhik

tp tu semua dulu punyer cerita la,
sekarang paya kat tepi rumah dah takde..cuma ada parit besar je..
tiap kali musim hujan, mesti teringat zaman tu.. :-)