Followers

nuffnang

Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Petua dan pantang larang semasa mengandung




ni yang mama jumpa dalam FB  https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
sesuai untuk dijadikan panduan kepada bakal-bakal ibu.

TQ pada Danitamaternity atas info di bawah,
selain daripada tu FB tersebut turut menjual pelbagai jenis pakaian khas utk bakal2 ibu.. 
sapa yang nak cari baju-baju etc, boleh la singgah ke FB di atas ya.. :-)


Petua dan pantang larang semasa mengandung

1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain

1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti. 


sumber : http://www.iklanlink.com/forum/index.php?topic=1221.0%3Bwap2 



Thursday, April 7, 2011

Sedihnya tp terpaksa jugak...huhu


nape ekk Mama rasa sedih?
bukan apa sangat pun, tp rasa sedih sebab rasanya mcm kena apply cuti bersalin awal ni.

klu ikutkan due lambat lagi..hujung bulan ni - 30 April
tapi mama dah rasa sakit2 sangat especially bila duduk lama dikerusi , nak jalan dan nak bangun .
sebelum ni punyer la semangat nak keja sampai ke saat terpaksa di hantar ke hospital tp nampaknya keadaan tak mengizinkan..huhu
nak buat keja pun tak selesa sangat sebab pergerakkan dah terhad.
perut asyik berlanggar dengan meja ja, sakitnye rasa.
bila sakit mula datang mama kena duduk diam je tahan sakit..especially bila dia mengeras..huhu
sekarang makin kerap pulak rasa..

kelmarin call HQ tanya procedure utk apply cuti awal.
kak 'TuT' (bukan nama sebenar..^_^ ) yang sembang ngan mama bgtau suh isi borang sebab dia ada borang khas.
bila mama tanya mana nk ambik borang tu, dia suruh google dalam internet.
punyer la BZ (ke bt2 bz? ekekeke) kak 'tut' sampai xleh nk bg link.

terpaksa la Mama google sendiri.
payah jgk ekk.. mcm2 borang yg keluar.. pekeliling senang je nk cari.
tp dengan keterroran ku (ceh...) jumpa jgk.. :p


isi senang je, cuma nk kena ada dokumen sokongan daripada klinik/hospital Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin tu. 
baru je Mama ke KK Selasa lepas.
next week la pulak baru nak ke sana lagi.

tarikh bila nak start cuti tu belum dipastikan lagi tp tak boleh lebih dari 14 hari dari due date.
kita tgk la bila mama nk ambik. tp klu ikutkan mmg tak larat sangat2 dah.. asyik sakit-sakit ja ni.
doktor pun kata mungkin Mama dah tak lama lagi dah nak bersalin sebab mama dah mula rasa construction ni.


 

Tuesday, April 5, 2011

perut asyik mengeras dan sakit...




 
 dah 2,3 hari perut MA makin mengeras.
kadang-kadang sampai MA tak boleh nak buat apa langsung.

petang ni ada appointment dengan doc , ambik darah kat lab (lagi??) dan weekly checkup skali kat KK.
 boleh la MA refer doc tu.
awai2 lagi dah pesan kat hubby suh standby kot2 paksa ke hospital.
malam mmg langsung tak leh tido dah, sampai dekat subuh br terlena jap.
jadi bila ke ofis mmg mengantuk dan tak larat.
klu mcm ni berterusan hubby advise suh apply cuti
 awal la..huhu
 
sekarang dah mkan pun akan terasa loya dan nak muntah.
bila refer Hospital Bersalin di FB, mmg normalmcm tu.
ms pregnant kat ANis MA tak ingat sangat. maklum la time tu 0 knowledge lagi.. hentam je semua.. hehehe


 

Monday, April 4, 2011

Ai sekarang kuat makan la...

  
byknya taik lalat kat muka..huhu


awal-awal pregnant mmg xde langsung selera makan.
sampai berat berkurang sedangkan peyut memboyot jek...

bila masuk usia kandungan 6 bulan, br leh makan sket2..
tp hanya makanan tertentu sahaja.

tapi sekarang.... tu dia..lapoooo manjang..
pagi carik nasi, tghari cari nasik, mlm pun cari benda2 berat.
ayoyo...takut pulak badan ni naik balik beratnya..
yea la, bukan senang MA nk turunkan berat nih..

ai xtahan dugaan tau..  hehe


 

Thursday, March 31, 2011

Risau dan takut...



Pagi tadi bos MA bgtau satu berita yang amat mengejutkan .
Mula-mula masuk ofis dia ingat MA dah bersalin.. maklum la sepanjang minggu ni my bos kena attend kursus selama 4 ari di HQ. Jadi hari ni baru masuk ofis.

bila tengok MA masih ada kat ofis dia kata ingatkan MA dah bersalin .
"belum lagi bos.. tunggu masa je.. next month ni.."  (hehehe..esok pun kira next month dah kan? )
lepas tu dia bgtau MA, katanya cousin dia pun pregnant jgk. 2 minggu je lagi nak due.
kira tgh tunggu masa je la ni.
tiba-tiba semalam, baby dalam kandungan dia tak gerak-gerak..
sebab rasa tak sedap ati sebab selama ni baby dia aktif, dia pun p scan petang/malam tu.
nak tau apa result scan dia?..
jantung baby dah stop. baby tu dah meninggal.
kesiannya kat cousin dia... tak boleh MA bayangkan.

Bos MA kata, his cousin kena diabetes mcm MA jgk.
arini doktor nak keluarkan baby tu, tp katanya nak suruh bersalin normal..
maybe guna vacum atau forsep ,lepas bg ubat utk paksa bersalin..
ish..nape x operate je kan? MA terkedu jap bila bos MA bgtau mcm tu..
serba salah & takut rasanya.

Ya Allah... semoga baby MA ni sihat dan selamat menjengah dunia ni.
MA dah tak sabar2 sangat nak jumpa baby ni...
dan MA mmg pasti yang MA mmg tak setabah cousin bos untuk face semua ni..
:(

 

selera makan makin meningkat..asyik lapar je..


 sesuatu yang agak merisaukan mama bila kerap rasa lapar dan nak makan di akhir-akhir pregnant ni.
risau takut baby dalam peyut ni akan membesar mendadak, menyukarkan mama bersalin kelak.
  dan jugak takut badan ni berisi balik..huhu
seksanya nk slim balik sbb mama ni jenis tak tahan diet.

tapi nasib baik masa p timbang Selasa lepas kat KK, berat maintain.. tak berubah..
sepanjang Mama pregnant kali ni, hanya naik sekitar 5-6kg sahaja.

Petang kelmarin adik ofis mama belanja RFC.
padahal mama baru je lepas makan nasi.. ku makan lagi RFC tuh..huhu
lepas tu makan pulak aiskrim yang Mama kirim ngan member sbb rasa loya2 je..(nak dekat bersalin ada rs loya2 gak ekk?)

apa2 pun TQ banyak2 kat Adik ofis mama sebab belanja ekk..
toche..toche... ^_^


sedap... 


 

Tuesday, March 29, 2011

sekarang dah 35w~ maknanya every week kena bt check up..



sekarang mama dah sarat, tunggu masa je.
tiap-tiap minggu nak kena bt checkup kat KK, pastu kena jumpa doc kat Hospital lagi.. ni tak termasuk kena jumpa doktor pakar. sekarang ni 3 doktor yang mama kena refer.
sampai pernah clash date utk set appointmet ngan doktor.

memandangkan mama belum lagi jumpa doktor pakar kat KK , jadi Jumaat lepas dapat call dari KK suh datang ke sana pada 17/4 utk jumpa doktor pakar.
tp date tu clash ngan doktor hospital, jadi kena postpone the other week lak.

member mama bgtau , bila dah jumpa doktor pakar tu maknanya dia akan bg satu date utk admitted hospital sebab diabetes pregnant mommy xleh lebih dari 38w.
mama pun nanti kena p ambik darah skali lagi kat lab. bukan darah kat jari tu tp yg kat lengan..huhu
HB mama rendah...risau jgk..

harap2 semuanya ok, walaupun checkup utk minggu ni mama belum pegi lagi (sepatutnya kelmarin..huhu)
rsnya esok/lusa kot..


 

Monday, March 21, 2011

2nd trip..


Ingatkan dah abes baju2 Anis masa baby dulu kami cuci,
rupa-rupanya masih ada lagi..

ni dalam plastic box yang hubby bwk turun kelmarin.
kes nak cari barut/bengkung yang Tok Mek jahit kat ANis dulu.
bila MA buka je kotak tu..waaaah..byknya baju ANis.
tp xsemua la baby leh pakai.. mana yang 'SESUAI' je MA ambik & cuci balik.


save dah ..ingat nk beli baju tidur lagi sbb sket ja yg MA beli ritu tp tgk dah banyak nih.. elok2 plak tu.. jadi kensel la beli.
klu nak beli pun baju untuk pakai jalan2 je.. tu pun yang 6months ke atas sbb baby kan cepat besar?
^_^



setokin dan sarung tangan pun banyak. 
x payah tambah la..

nanti cuma perlu beli diapers & selimut untuk baby ja sbb selimut dulu semua dah lupus..



 

Sunday, March 20, 2011

Bunga Akar Fatimah

mungkin ramai yang dah tau apa itu Bunga Akar Fatimah (BAF)
BAF ni hanya terdapat di Mekah dan kegunaannya adalah untuk diminum air rendaman BAF ni agar memudahkan proses bersalin kelak.
lebih kurang mcm minyak/air selusuh la fungsinya.

MA pun tau pasal BAF ni masa peknan Anis dulu.
ni pun MIL yang bg, tp biasa la..fungsi sebenar masa tu MA tak tau ngat.. masih blur2 sbb susah nk google tenet kat umah & ofis..huhu

sekarang apa2 yang MA nk tau pasal peknan, MA google je dr internet.
senang & cepat je dapat info.

kalau di ikutkan, sekarang ni dah elok di amal kan BAF tu.
caranya senang je.. rendam je BAF tu dlm air dan minum je airnya samada 1@2x sehari.
Ada juga petua mengatakan jika BAF yang kita rendam tu penuh semangkuk bila kita rendam (dia asalnya kering & kecik je ya..) itu maknanya kita sudah hampir untuk bersalin.

sekarang ni MA tgh dok cari2 mana la kami simpan BAF tu, sbb lepas pindah aritu punya la simpan sampai lupa kat mana letaknya..huhu
pelupa sungguh MA ni. xpa.. kat bawah ni MA tunjuk contoh BAF yang MA dah google gambarnya dr tenet ya...

antara contoh Bunga Akar Fatimah..
 ni yang belum di rendam lagi


ni pulak bila dah rendam, tu dia kembang setaman...

selain dari tu, amalkan juga ayat dari Surah Nabi Yunus ni..

Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin
لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ ، سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)


 

Friday, March 18, 2011

Ada lagi yang belum settle rupanya..

 hari ni hubby bawak keluar tilam dan bantal baby yang kami simpan dlm plastic box.
nak jemur panas..
nanti dah siap, tunggu nak guna je.
pastu cari jgk ,mana la kami letak barut yang Tok Mek jahit dulu.
simpan sampai xjumpa nak cari balik. ekekeekeee
klu xjumpa jgk nampaknya kena beli kat CS  @ tesco je la..

 pelapik getah bt alas baby pun MA tak bt keluar lagi.. dlm kotak mana ntah...
last minit br ingat..hehe
cari jgn tak cari.. :p

menu yang dimasak,
menu kelmarin ni.. sayur lemak terung dan ayam goreng..

 ayam goreng ..simple je..gulai2 dh rasa tak mau mkn dah..


 

Thursday, March 17, 2011

sesekali klu jadi surirumah ni pun best jugakkan? :-)


sambil2 menunggu ikan/ayam yg baru MA keluarkan dari fridge ni lembut sket,
kita layan blogging jap.  ^_^

beberapa hari off dr keja ni dan duduk rest kat rumah je
rasa best jugak.
lagi best klu kita sihat dan boleh buat mcm2 keja.
klu mcm skrg ni hanya rest betul la.
nak bergerak sgt pun xboleh.

jadi ms banyak dihabiskan dengan membaca buku/majalah je.
pastu mula la berangan mcmana nk hias dan deco rumah ni..
sebab MA ni suka baca baca majalah APARTMENT, DAPUR, IMPIANA,LAMAN.
jadi mcm2 idea yg ada..cuma fulus je xde..kekekeke....


 
skrg pun MA dah ada plan mcmana nk hias/kemas dapur kecik MA ni.
pastu dressing table utk bilik MA dan last sekali pokok2 bunga kat laman depan ni.
(tp ...ni semua projek lepas pantang kelak, skrg takat plan dan berangan je la)


untuk lunch td..cencaru sumbat, resipi bonda.
bestnya.. ^_^

p/s: aduh.. perut ni makin kerap mengeras sampai kdg2 xleh nk bt apa langsung..
kata doktor,antara tanda2 hampir bersalin ialah perut akan mengeras dan kaki dah mula kurang sembab..





Tuesday, March 15, 2011

Sakit kontraksi ni berbeza-beza..


semalam MA baca blog Ana Kirana ttg pengalaman bersalin dan yang berkaitan.
saja untuk tambah ilmu sket.
suka bc blog Ana ni sbb dia rajin bt survey segala.. 
(kembang kuncup mek Ana kali ni kena puji..kekeke)


next week MA dah masuk 34 weeks jd waktu tu
 dah boleh bersalin pon klu nak sbb dah 9 bulan.
Sabtu ni kena bt BSP lagi sbb Ahad kena jumpa doc di Hospital untuk 2nd checkup.
Selasa kena jumpa doc di Klinik plak sbb dia nk tentukan samada MA kena bersalin awal atau result, based pada result darah kat lab ritu. takut plak rsnya.


plan mmg hubby la yg kena anto sbb MA dah xboleh nk drive jauh2 dan lama2.
mmg ketara sgt sakitnya.


Hospital tu dekat ngn ofis hubby jadi senang la sket.
MA plan bersalin kat hospital je kali ni.
survey dari member, ramai yang kata ok dah servis kat sini.
mintak-mintak time MA nanti pun mcm tu jgk.


Masa bc blog Ana tu, dia jarang citer sakit masa nak bersalin.
cuma rasa sakit bila masuk wad je.
lain pulak dengan MA ni.
Awal2 peknan lagi badan MA mmg dah lemah.
MA ni jenis yg mudah rs sakit dan badan tak kuat.
lagi la masa usia kandungan dah masuk 6-7 bulan.


sakit di peha ,pinggang dan bwah perut teruk sangat rasa sampai terpaksa ambik cuti untuk berurut.
nak jalan pun mcm org dah sarat.
kadang-kadang MA sendiri pelik bila tgk orang lain steady je jalan walaupun peyut dah memboyot.
tak mcm MA.huhu...


time tido malam lagi la. 
sekarang ni MA mmg jarang sgt dapat tido mcm org lain.
maksud MA, jarang dpt tido lena.
tiap2 malam mesti 7-10 kali terjaga samada untuk ke toilet atau sebab sakit.
sebab tu bawah mata dah sembab.
tapi nasib baik siang hari jarang rasa mengantuk sangat, melainkan klu malam tu mmg langsung xboleh tido.. mmg MA akan rs pening dan tak larat.


nak tido pun serba tak kena.
terlentang mmg x boleh.
mengereng ke kiri akan cramp kaki.
kalau ke kanan pulak peha akan kebas dan sakit di perut sbb baby banyak dok di belah kanan.
tiap kali nak pusing atau bangun , hanya Tuhan saja yang tau..sakitnya rasa.. hehe..


tp takpe.. MA redha sbb MA fikir mungkin Tuhan bagi banyak dugaan masa mengandung sebab nak bg MA senang sket jaga baby MA ni bila dia keluar kelak.
  ^_^

mcm ANis dulu.. ms peknan kan dia mcm ni jgk yang MA rs,
lepas dia kuar.. alhamdulillah.cukup senang nak jaga puteri kesayangan MA nih.. :)