Followers

nuffnang

Showing posts with label Astana Kasih. Show all posts
Showing posts with label Astana Kasih. Show all posts

Monday, March 19, 2012

almari baju baby / Hasif

dah banyak baju-baju Hasif sekarang ni.
semuanya mama letak dalam bakul khas.
tp rasanya dah sampai masanya mama transfer ke almari baju2 Hasif ni.
senang sket nak kemas & check mana yang boleh pakai dan mana yg nak simpan utk 'adik' dia kelak. kikiki

rata-rata almari yang mama jumpa ada gambar kartun ben-10.
ala, mama xsuka la gambar tu.. klu gambar mickey ok lagik..
hehe..

nampaknya kena survey lagi ni...
sementara mama larat nak mengemas, baik buat cepat-cepat.


 Anis boleh la beli almari kaler pink mcm ni kan? :-)



Wednesday, February 1, 2012

Ideas deco untuk bilik si Puteri Mama..


mama dah lama plan nak deco balik bilik tengah tu.
ingat nak buat bilik untuk Anis, 
nak letak mainan dia yang dah makin banyak tu.

tapi memandangkan yang bilik tu pun tak la besar mana jadi mama ingat nak let go katil queen mama tu (murah-murah ja) kiki
sapa nak leh contact mama..  :-p
plan nak tukar ngan single bed atau double decker bed. 
pastu beli almari baju untuk Anis dan Hasif.

cuma tengah cari idea ja.
yang sesuai untuk bilik yang kecil :-)

jom usha-usha gambar kat bawah ni.. 
cantik-cantik semua.. geram laks tengok...











 

Friday, April 1, 2011

Rasa nak beli pokok bunga la pulak...


ish, gatal pulak nak ajak hubby singgah ke nursery .
nak tgk pokok-pokok bunga.
sekarang rumah MA dah banyak pokok tp kebanyakkannya yg kaler hijau dan jenis yang berdaun je.
xde sangat yg warna-warna, jadi mcm xde seri je tgk..


MA teringin nak beli pokok daisy ni dan mana-mana pokok yang senang nak jaga dan ada bunga yang kaler cantik-cantik.
tp kalau bunga ros walaupun cantik dan murah, tp bila dah beli lama-lama pokok jadi tak elok.
tak tau la kenapa kalau kat nursery sentiasa je elok kan?

"pokok bunga melur tanam tepi kolam...ekekeke"
pokok ni MA & Hubby suka sebab baunya harum.
nak jaga pun senang. 


klu bab pokok bunga kertas ni Tok Mek mmg terror la.
nanti klu beli leh mintak dia ajar cara2 nak tut kan pokok tu bt banyak-banyak warna dalam 1 pokok.. :-)

 pokok bunga kertas kalau buat bongsai pun cantik jugak.

kalau tut kan mcm ni lagi cantik.. rasanya senang je nak buat ni..
pernah tengok Tok Mek buat dulu. 

 banyak pokok2 hijau je.. hehehee

tak tau bila la nak cat dinding ni.. dah tau nk cat warna apa cuma xde masa je.. nampaknya lepas MA bersalin la .. :-)



 

Friday, March 25, 2011

Deco mendeco ~ lekat frame gambar pulak


 

Dah berkurun frame-frame kecik tu MA p tempah.
cuma tiap kali nak pasang ke dinding rs malas pulak.
jadi projek kami cuti ni,pasang frame ni..

Asalnya hanya gambar kawin kami je yang ada kat situ..tp sekarang dah ada pengapit lak..
lepas ni kita tambah gambar ahli baru pulak yea.. :-)
 

 

Friday, January 14, 2011

Plan untuk hari minggu... ^_^

start dr Disember lepas, tiap kali hujung minggu kami sefamily bz ngn mcm2 agenda. sampai nk rest & belai2 umah pun xsempat tau..

kali ni, dah plan nk abeskan coti minggu ni ngn mgemas rumah & uruskan kaftanbatik kami .




banyak order yang masuk dan kami xsempat nk upload stok terbaru kaftan.. (alhamdulillah rezeki anak-anak) ^_^
sapa-sapa yg minat nk beli kaftan tu leh singgah ke blog Kaftanbatik MA tu ya..

antara contoh kaftan yang di jual:

koleksi kaftan lengan panjang & lengan pendek


koleksi kaftan kanak-kanak pun ada



2. Rumah

rumah plak dah lama x di mop & di buang segala sawang yg bermaharajalela tu..
plan nk ubah sket susun atur dlm rumah tu esp bilik tido & ruang tamu. Frame gambar serta frame ayat Al-Quran hadiah dari officemate My Love.. Hubby (MLH) pun belum sempat digantung lagi.




syoknya tgk rumah yg kemas & cantik mcm ni kan?



3. Baby Stuff

barang-barang baby yang MA beli tempohari pun belum dibuka & basuh lagi.
masih dalam plastik bag .
ingat nk susun semua dalam 1 box jadi senang nak ambil nanti.
memandangkan MA pun dah masuk 6 bulan jadi semua tu kena siap awal2.. bukan apa.. pejam celik-pejam celik, kejap ja masuk 9 bulan.
time tu rsnya MA dah xlarat nk bt segala kerja packing brg baby nih.
apa2 yg belum beli lagi leh list & beli bila senang. :-)



semua benda kali ni nak bt agak sistematik sket.
Azam tahun baru la katakan...kekeke :-p


bila dah settle semua tu, baru leh pikir apa pulak agenda seterusnya..

Harap2 MA sihat & leh gotong royong ngn MLH uruskan semua ni.. Aminnnn :-)

Wednesday, November 24, 2010

BBQ di taman kami..

Ni aktiviti taman kami. walaupun usia baru setahun jagung tp agak aktif.
Suka jgk bila sesekali buat aktiviti yg libatkan geng2 taman ni.
Baru leh kenal2 jiran tetangga kan?

Sabtu lepas, dah set buat BBQ utk ahli taman.
ramai jgk ahli yang hadir.
ingat de sambutan.
sebelum tu buat kacau dodol tp yg tu cuma libatkan area rumah kami je..

BBQ tu start malam..kebetulan kami br balik dr alor setar.
macam2 ada tp MA segan la nk snap gambar menu2 tuh
daging bakar, ayam, udang, sotong, rendang, nasi goreng, bihun, satay, bihun sup, buah, lemang. (tu je yg ingat)

pastu ada plak selingan main bunga api.. seronok kanak2.. :-)

ok, ayan gambar yg sempat MA snap ni.. :-)


sempat lagi pose..Anis dapat goodies sbb ada yg bt birthday party skali time tu.

meriah ngn bunga api ni..

akhir sekali..:-)
nasib baik boleh la mkn sket2... alahan dah makin kurang.
alhamdulillahhhh


Sunday, August 1, 2010

deco bersama eric..ops silap lah!

Rumahku Syurga ku kan?
salah satu minat MA adalah tgk majalah -majalah deco atau hiasan dalaman.
klu dulu sebelum kawin MA suka kumpul koleksi majalah PENGANTIN, pastu masa jadi mak labu plak (ngandung kat Anis la..) suka kumpul buku PA & MA. sekarang bila dah ada umah sendiri MA dah tukar beli majalah DAPUR, IMPIANA, ANJUNG SERI, atau APARTMENT. Tp xsemua keluaran MA beli..tgk2 jgk mana yg berguna. Hubby lak kumpul majalah LAMAN.



banyak lagi nk kena tambah / susun tu..pelan2 la.. tgk budget.

sebelum ni majalah2 yg beli tu merata MA letak..bukan apa almari/rak utk majalah tu kecik sgt. Dah lama plan nk beli 1 yg besar tp mesti cari yg budget la.. ikut kemampuan kan? jd last week kami dah beli almari utk susun majalah2 kami tuh. Sebahagian masih dlm kotak (rsnya mmg akan dok dlm tu la kot..) majalah yg terbaru je kami akan susun di rak tu.


cuma masalahnya warna la plak.. puas cari yg warna putih sbb nk kasi matching ngn kabinet tv & meja kopi nih tp xjumpa2 gak jadi beli je la yg kaler coklat nooo, janji ada dan rumah makin kemas.. :-)



tgk la klu mai angin rajin tu kami transform kan almari tu ke warna putih..kekeke
agak2 rajin ker? mmmm...



umah dah carca marba..dah jadi english modern la plak.. xkesah la..janji kemas & cantik.. :-)
rsnya kat dinding tu nk tambah gambar sket lagi. kosong..

Sunday, July 25, 2010

akhirnya.....siap jgk..!

asal cuti je banyak la plan dlm kepala ni.. mcm2 nk bt tp memandangkan hubby kurang sihat jadi sempat bt sket2 la.. Hubby sepanjang hari Jumaat keja dia berbungkus mcm lepat pisang je kat dlm bilik.. (makan , tido, makan tido balik..huhu)

hari Jumaat mmg lepak je kat rumah , sampai rs nk muntah hijau pulak sbb dok terkurung.
dah puas kemas2 rumah dan masak .. tghari tu sepupu hubby datang nak tgk kaftan.

Sabtu hubby dah sihat sket jd kesibukkan bermula.. kuar pos parcel & shopping keperluan rumah sket pastu balik umah.

ptg kami pasang cermin yg dh lama kami beli nih..
punyer la byk halangan nk pasang cermin ni..sampai rs hampir2 give up MA & hubby.
akhirnya mlm tu dengan pertolongan 'jiran sebelah' berjaya jgk kami pasang cermin ni.. puas hati!

sebelum...

selepas.. :-)

p/s: tiap kali nk masuk dapur wajib jeling2 kat cermin ni dulu..kekekeke

Friday, April 30, 2010

kerana air selalu bertakung di sini...

kalau basuh kereta, siram bunga atau hujan mesti kat depan rumah akan bertakung air. Rimas jgk. hubby kata mcm nk kena tambah tar la kat situ. tp bila kami survey harganya mahal.. dlm RM200 - RM250 depa nak utk kawasan yg kecik mcm tu..jadi kena KIV dulu la...

baru2 ni ada satu lori tu berenti dan setelah kami bincang, dapat la harga RM100 jadi kira on je kela. umah jiran sebelah kanan kami pun bt sama . :-)
keja2 bermula....
Anis mmg takut klu bunyi bising mcm drill , orang vacum atau kalau MA dok blender kat dapur. mesti dia nangis.. ala..ciian busyuk mama nih..
dah siap pun. sekarang klu siram bunga ka, basuh kereta ka atau hujan..dah tak becak lagi depan tu. tp umah sebelah kiri pulak la yg kena..hehehe

Tuesday, April 27, 2010

meja kopi kami..

dah lama plan nk letak meja kopi mcm ni kat luar rumah. petang-petang atau malam2 leh la lepak2 kat sini sambil minum kopi . :-) sambil2 tgk pokok2 bunga yg kami tanam.


kaler hitam. cantik tak?

bt sementara tu letak kat situ dulu. Kami ni x abis deco lagi mini garden kami nih. Mini garden kat porch kereta je la sbb xde tanah extra. hehe.. cuma yg ralat sket tuh..pagar xtau bila dapat cat. dah tau nk cat kaler apa cuma xpasti lagi bila free & budget cukup ke tak..