Followers

nuffnang

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Petua dan pantang larang semasa mengandung




ni yang mama jumpa dalam FB  https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
sesuai untuk dijadikan panduan kepada bakal-bakal ibu.

TQ pada Danitamaternity atas info di bawah,
selain daripada tu FB tersebut turut menjual pelbagai jenis pakaian khas utk bakal2 ibu.. 
sapa yang nak cari baju-baju etc, boleh la singgah ke FB di atas ya.. :-)


Petua dan pantang larang semasa mengandung

1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain

1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti. 


sumber : http://www.iklanlink.com/forum/index.php?topic=1221.0%3Bwap2 



Thursday, February 23, 2012

Petua untuk mengetahui madu yang kita beli tu asli ke tak.



kadang-kadang kita tak tau madu yang kita beli tu 100% asli ke tak kan?
biasa la klu kita tanya jurujual , mesti mereka akan cakap madu yang di jual tu asli. (takkan  nak cakap dah campur plak.padahal harga yang ditawarkan mahal)

jadi terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..

1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..

4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. 
   (Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah 
    beberapa lama.) 


5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air 
    (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
    air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).

6.  Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur 
     yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang   
     mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.

7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama
    lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini 
    kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang  
    ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur,
     madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!



Wednesday, February 22, 2012

batuk...antara petua-petuanya..



Dah banyak hari mama batuk.
Asal demam ja, lepas tu mula batuk sket2..
sekarang makin teruk, sampai nak tido malam pun tak boleh.
rasa mcm ada lendir (kahak) kat dalam tekak ni.
gatal-gatal plak tu..

makan ubat hospital pun tak hilang jugak.
sebab tak tahan, google kat internet petua-petua untuk hilangkan batuk ni..
sebenarnya mama ni hampir lupa, semua tu boleh di cari dlm internet..
(mungkin sebab trauma excident ritu sampai tambahan pulak sibuk urus anak-anak yang demam berulang dan hubby yang inject sampai xleh nk pikir dengan baik.. :-)  )

Hasil  pencarian dalam internet... jom mama share ngan uols..
sapa -sapa yang ada petua lain pun boleh la share ngan mama ekk..

Petua Tradisional Rawati Batuk
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.



Saturday, April 2, 2011

Jom Share~ Solat Sunat Tolak Bala



Solat Sunat Tolak Bala

Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Hajati Lidfiil Blaa Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
(Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Kafirun.
Rakaat ke dua, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas.

Selepas memberi salam, baca doa tolak bala.

Doa Tolak Bala/ Wabak

Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.

Sunday, March 20, 2011

Bunga Akar Fatimah

mungkin ramai yang dah tau apa itu Bunga Akar Fatimah (BAF)
BAF ni hanya terdapat di Mekah dan kegunaannya adalah untuk diminum air rendaman BAF ni agar memudahkan proses bersalin kelak.
lebih kurang mcm minyak/air selusuh la fungsinya.

MA pun tau pasal BAF ni masa peknan Anis dulu.
ni pun MIL yang bg, tp biasa la..fungsi sebenar masa tu MA tak tau ngat.. masih blur2 sbb susah nk google tenet kat umah & ofis..huhu

sekarang apa2 yang MA nk tau pasal peknan, MA google je dr internet.
senang & cepat je dapat info.

kalau di ikutkan, sekarang ni dah elok di amal kan BAF tu.
caranya senang je.. rendam je BAF tu dlm air dan minum je airnya samada 1@2x sehari.
Ada juga petua mengatakan jika BAF yang kita rendam tu penuh semangkuk bila kita rendam (dia asalnya kering & kecik je ya..) itu maknanya kita sudah hampir untuk bersalin.

sekarang ni MA tgh dok cari2 mana la kami simpan BAF tu, sbb lepas pindah aritu punya la simpan sampai lupa kat mana letaknya..huhu
pelupa sungguh MA ni. xpa.. kat bawah ni MA tunjuk contoh BAF yang MA dah google gambarnya dr tenet ya...

antara contoh Bunga Akar Fatimah..
 ni yang belum di rendam lagi


ni pulak bila dah rendam, tu dia kembang setaman...

selain dari tu, amalkan juga ayat dari Surah Nabi Yunus ni..

Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin
لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ ، سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)


 

Thursday, February 24, 2011

Tip 'Meneran' Waktu Bersalin




Panduan yang MA rs elok untuk di share bersama.
just be open minded sket ya..
MA rs penting sbb jika kita tak tau teknik2 yang betul nanti akan memberi kesan yang tidak elok utk ibu yg bakal bersalin kelak.
Ms MA nk bersalin kat Anis dulu pun MA xtau sgt cara2 yg betul untuk meneran..
seksa jgk la...sampai nyaris2 nk kena operate.
jadi kali ni, MA google sendiri ttg cara-cara yang betul agak kelak senang sket.

InsyaAllah...


Tip 'Meneran' Waktu Bersalin

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.



 

Thursday, December 30, 2010

Juandice a.k.a demam kuning

Arini terlebih rajin plak. ^_^
MA nk share skit pasal demam kuning atau juandice yg biasa terkena pada baby yg baru lahir.
memandangkan MA pun tgh pregnant jadi sesuai la klu kita kongsi ilmu dan petua ttg juandice ni ekk..


Masa MA bersalin kan ANis dulu, teruk jgk ANis kn juandice. dekat 5-6 hari kena tahan di wad.
Masa tu kita cetek ilmu, jadi ingat klu dah ada kat wad tu mesti dia bg apa2 ubat kan? Tp ms MA p melawat utk bagi susu kat dia..tgk nurse hanya jemur bawah lampu (macam kat atas tu je) ..


ANis plak ms tu nampak sangat letih . Ada sekali tu masa nurse nak hantar dia masuk bilik dia balik, saayu je dia pandang MA.
MA ni dah la jenis sentimental value sket.. terus berlinang air mata.
masa ni rs mcm kuat sangat ikatan antara ibu & anak.
mlm tu jgk MA suh hubby bgtau doktor nak bawak keluar ANis dr wad sbb MA nk dia ada ngn MA hari-hari. Senang, bila2 masa je boleh bagi susu kat dia..

Jenuh mintak petua dari org2 tua dan kawan-kawan camne nak kasi baik nih.. xsanggup tgk nurse ambik darah kat tapak kaki dia ari2.. (sakittt..)



Antara petua yang MA dapat:

  1. Mandikan dengan air ubat yg beli kat sensei (kedai cina tu)
  2. Minum susu kambing ~ tp ada yg tak galakkan sebab panas, takut baby 'tarik' nanti. (so abaikan..
  3. beli sengkuang cina, cuci bersih2 dan blend dengan sedikit air suam. Tapis dan bagi baby minum sekerap mungkin. (yang ni MA amalkan dan mmg berkesan.. kuning baby turun dengan cepat...)
  4. susukan baby dengan kerap.


ni plak petua yg MA google dr Internet..

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.


kalau ada sapa2 yang ada petua lain, boleh la share ya..


* elakkan minum kopi/ minuman yg mengandungi kafien semasa mengandung dan di akhir usia kandungan (6-9 monts)
* amalkan minum/makan sengkuang cina masa usia kandungan 6 bulan ke atas. MA dah start amalkan ni.. :-)