Followers

nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Juandice a.k.a demam kuning

Arini terlebih rajin plak. ^_^
MA nk share skit pasal demam kuning atau juandice yg biasa terkena pada baby yg baru lahir.
memandangkan MA pun tgh pregnant jadi sesuai la klu kita kongsi ilmu dan petua ttg juandice ni ekk..


Masa MA bersalin kan ANis dulu, teruk jgk ANis kn juandice. dekat 5-6 hari kena tahan di wad.
Masa tu kita cetek ilmu, jadi ingat klu dah ada kat wad tu mesti dia bg apa2 ubat kan? Tp ms MA p melawat utk bagi susu kat dia..tgk nurse hanya jemur bawah lampu (macam kat atas tu je) ..


ANis plak ms tu nampak sangat letih . Ada sekali tu masa nurse nak hantar dia masuk bilik dia balik, saayu je dia pandang MA.
MA ni dah la jenis sentimental value sket.. terus berlinang air mata.
masa ni rs mcm kuat sangat ikatan antara ibu & anak.
mlm tu jgk MA suh hubby bgtau doktor nak bawak keluar ANis dr wad sbb MA nk dia ada ngn MA hari-hari. Senang, bila2 masa je boleh bagi susu kat dia..

Jenuh mintak petua dari org2 tua dan kawan-kawan camne nak kasi baik nih.. xsanggup tgk nurse ambik darah kat tapak kaki dia ari2.. (sakittt..)



Antara petua yang MA dapat:

  1. Mandikan dengan air ubat yg beli kat sensei (kedai cina tu)
  2. Minum susu kambing ~ tp ada yg tak galakkan sebab panas, takut baby 'tarik' nanti. (so abaikan..
  3. beli sengkuang cina, cuci bersih2 dan blend dengan sedikit air suam. Tapis dan bagi baby minum sekerap mungkin. (yang ni MA amalkan dan mmg berkesan.. kuning baby turun dengan cepat...)
  4. susukan baby dengan kerap.


ni plak petua yg MA google dr Internet..

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.


kalau ada sapa2 yang ada petua lain, boleh la share ya..


* elakkan minum kopi/ minuman yg mengandungi kafien semasa mengandung dan di akhir usia kandungan (6-9 monts)
* amalkan minum/makan sengkuang cina masa usia kandungan 6 bulan ke atas. MA dah start amalkan ni.. :-)


No comments: