Followers

nuffnang

Thursday, February 23, 2012

Petua untuk mengetahui madu yang kita beli tu asli ke tak.



kadang-kadang kita tak tau madu yang kita beli tu 100% asli ke tak kan?
biasa la klu kita tanya jurujual , mesti mereka akan cakap madu yang di jual tu asli. (takkan  nak cakap dah campur plak.padahal harga yang ditawarkan mahal)

jadi terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..

1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..

4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. 
   (Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah 
    beberapa lama.) 


5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air 
    (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
    air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).

6.  Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur 
     yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang   
     mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.

7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama
    lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini 
    kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang  
    ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur,
     madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!



3 comments:

Asrul said...

lg satu kalau nak tau madu tu asli ka dak, bila kita bwak balik rumah, bini ligan sambil dok punggai pingan mangkuk haaa..yg tu mmg madu asli wahwahwah....

ANAKIRANA said...

kak ayu..
cewahh ni nk promote website madu tualang saya
http://kirana-madutualang.blogspot.com

pasal madu ngn semut..ada jugak semut yg hurung madu..semut mayat ..dia lasak dan tahan kepanasan madu ..nnt sy akan letak entri semut dan madu...

pastu pasal telur kuning masak..madu tiruan pon boleh jadi..sbb derang letakkan kapur dlm madu bg panas

satu lagik test ..titis madu atas kertas A4 ke apa2 kertas la..tgk madu tu kembang ke tak..kalau kemabng tiruan la tu..

my little family / kaftanbatik said...

maco..hahaha..madu tu mmg saja cari pasai... :p

Ana: tu la, mcm tau2 ja kita ckp pasai madu kan? hehehe