Followers

nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Risau dan takut...



Pagi tadi bos MA bgtau satu berita yang amat mengejutkan .
Mula-mula masuk ofis dia ingat MA dah bersalin.. maklum la sepanjang minggu ni my bos kena attend kursus selama 4 ari di HQ. Jadi hari ni baru masuk ofis.

bila tengok MA masih ada kat ofis dia kata ingatkan MA dah bersalin .
"belum lagi bos.. tunggu masa je.. next month ni.."  (hehehe..esok pun kira next month dah kan? )
lepas tu dia bgtau MA, katanya cousin dia pun pregnant jgk. 2 minggu je lagi nak due.
kira tgh tunggu masa je la ni.
tiba-tiba semalam, baby dalam kandungan dia tak gerak-gerak..
sebab rasa tak sedap ati sebab selama ni baby dia aktif, dia pun p scan petang/malam tu.
nak tau apa result scan dia?..
jantung baby dah stop. baby tu dah meninggal.
kesiannya kat cousin dia... tak boleh MA bayangkan.

Bos MA kata, his cousin kena diabetes mcm MA jgk.
arini doktor nak keluarkan baby tu, tp katanya nak suruh bersalin normal..
maybe guna vacum atau forsep ,lepas bg ubat utk paksa bersalin..
ish..nape x operate je kan? MA terkedu jap bila bos MA bgtau mcm tu..
serba salah & takut rasanya.

Ya Allah... semoga baby MA ni sihat dan selamat menjengah dunia ni.
MA dah tak sabar2 sangat nak jumpa baby ni...
dan MA mmg pasti yang MA mmg tak setabah cousin bos untuk face semua ni..
:(

 

2 comments:

ana-kirana said...

doakan yg baik2...
mmg dah ujung2 ni mcm2 kite fikir..takut mmg takut

my little family / kaftanbatik said...

Ana..tu la..lepas dapat mimpi pelik2 sblm ni.. :-(