Followers

nuffnang

VCO ~ supplement untuk kulit dan dalaman (sticker entry)

VCO ~ supplement untuk kulit dan dalaman (sticker entry)
VCO ~ adalah supplement dari minyak Kelapa Dara yang dikapsulkan. mempunyai banyak kebaikkan terutama untuk kulit, dalaman, rambut dan macam-macam lagi.. (boleh dimakan oleh lelaki , perempuan dan jg ibu-ibu mengandung) berminat untuk tau secara detail sila klik pada gambar untuk ke link dibawah atau email ke kaftanbatik@yahoo.com .... Hanya RM39.90 sebotol, stok untuk sebulan.. ^_^

Saturday, April 2, 2011

Jom Share~ Solat Sunat Tolak Bala



Solat Sunat Tolak Bala

Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Hajati Lidfiil Blaa Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
(Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Kafirun.
Rakaat ke dua, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas.

Selepas memberi salam, baca doa tolak bala.

Doa Tolak Bala/ Wabak

Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.

No comments: