hentam saja la nama dia..hehe..mama masak pagi Sabtu..biasanya orang masak mlm2 menu mcm ni..suka2 hati je nak masak bila. Tp best jgk la..
Yang ni mmg mama saja msk xpedas..sbb nak bagi Anis mkn sama. Nak resipi?
Bahan: utk 3 orang mkn
Mee Sanggul - Rebus dgn sedikit minyak + garam
- kemudian di toskan.
2 ulas bwg putih- mayang
sedikit cendawan kering- rendam dgn air panas/suam pun xpe..
1/2 btg carrot - dipotong
4 baby corn- potong ikut suka
2/3 sudu sos tiram
sedikit tepung jagung @ tepung gandum
sedikit isi ayam - potong2 kecil
1 kiub ayam
garam & gula- secukup rasa
1 mangkuk air
sedikit serbuk lada sulah - klu nk bg baby mkn ..jgn letak yea..
Cara2..
tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan ayam dan goreng seketika..
masukkan sayuran (carrot & baby corn) goreng seketika..kemudian masukkan air dan sos tiram. jika ingin kuah byk..masukkan lebih air.masukkan kiub ayam,cendawan, garam dan gula secukup rasa. boleh la dimasukkan mee tadi.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung/gandum (dicampur air terlebih dahulu) jangan dibiar terlalu lama. siapppppppppp...
No comments:
Post a Comment