Followers

nuffnang

Monday, May 26, 2008

Tauhu bakar


peberet Mama Anis. Tp hanya ada di KL atau Selangor je..kat Sg Petani xde. Tiap kali p Kl mesti cari Tauhu Bakar ni. Tapi masa p KL aritu, terlupa langsung nak makan Tauhu Bakar ni..sebab rushing sgt. So Mama try cari kat internet cara-cara nak buat dia.. dan Mama try buat la semlm..emm...bolehhh tahan la..sbb bhn2 mama xcukup.. ni resipi dia..( dr My Resipi)

Bahan-bahan ( 2 org )
  • 4 kpg tahu
  • 100 gm taugeh
  • 1/2 btg timun
  • 1/2 biji sengkuang
  • * 3 sb lada boh / lada giling
  • * 1 ulas bawang putih dititik
  • * 2 sb gula merah
  • * 1 sb gula pasir
  • * 3 sb air asam jawa
  • * 2 cwn air
  • sedikit garam
  • 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
  • kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara-cara

  1. Bakar Tauhu hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  4. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
  5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....

2 comments:

Aliff K. Berang said...

My Favourite gak tu...

my little family said...

klu gtu, try buat la..resipi bui doh tu..hehe