Followers

nuffnang

Wednesday, November 5, 2008

Pizza

smlm singgah blog kak Ummi tgk dia ada bt pizza. So apa lagi.. our dinner last night... Pizza Mama Anis la..


sebelum masak..cheese tak letak lagi tu..


emm..dah sedia untuk di kerjakan..hehe..
Abah makan 2 keping pun dah kenyang. MA bt 2 biji.

Resipi dia...MA copy paste je la yea..

Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
25 gm shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. (campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu.

Bahan Topping:- (guna apa2 je yg ada dlm fridge tu, jgn pening2..)
6 batang sosej lembu/ayam - potong nipis
1/2 biji bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
nenas (ikut suka) - hiris-hiris nipis
Cendawan butang- ikut suka-dipotong nipis2
daging burger & daging ayam- cincang2
Udang
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
garam
sedikit gula
1 sudu teh oregano (klu ada la)
Mozarella cheese
Minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
Panaskan minya dan tumis semua bawang hingga naik bau. Masukkan sosej, sedikit garam dan gula. Kacau sebentar dan angkat. Oleskan sos pizza di atas doh yang telah dicanai tadi. Letakkan campuran bawang dan sosej, capsicum dan nenas. Tabur oregano dan mozarella cheese. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 deg. celcius.

Bahan Untuk Sos- (untuk 2 keping pizza sederhana besar)
1/2 labu bawang besar - cincang lumat
3 ulas bawang putih - cincang
1 tin tomato cincang
6 oz sos tomato
2 oz sos cili
6 oz tomato paste/tomato puree
garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak
Cara-Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan semua jenis tomato, serbuk oregano, garam dan lada hitam. Gaul rata. (Boleh tambah air jika terlalu kering). Masak biar pekat sikit, tutup api. Sejukkan sebelum dioles ke atas pizza.

2 comments:

echah_syed said...

rajinnyer sijelita ni buat pizza..combi lom pernah seumo hidup :(

nak try laa..ikut resepi hang :)

AziS said...

ermmm...mau cuba jugak ni