Followers

nuffnang

Sunday, February 24, 2008

Nasi Ayam Claypot


menu mlm sabtu..Nasi Ayam Claypot.. resipi mama yang simple dan cepat. masak pakai rice cooker je. resipi ni mungkin lain skit dari yang orang biasa buat kot..hehe

bahan-bahan:

A)
ayam-dipotong kecil2
cendawan butang- biasa dijual dlm peket
bawang putih-2/3 ulas
bawang merah- 4 ulas
bunga lawang - 1 tangkai
kulit kayu manis-1
buah pelaga- 3 biji(buang biji yea)
halia - 1 inci
cili boh-1/2 sudu
kicap pekat
kicap manis
sos tiram
kiub ayam- 1
garam


b)
4-5 keping ikan tongkol masin (dlm botol)
**ikan hendaklah dibersihkan dan dipotong kecil2.
beras- terpulang nak berapa pot yea..

:: cara masakan

1)
bawang putih, bawang merah, halia dimayang halus. tumis bersama bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis sampai naik bau. kemudian masukkan cili boh. tumis sebentar. masukkan sos tiram, kicap pekat dan masak seketika. masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
kemudian masukkan kicap cair, sedikit air dan kiub ayam. cendawan dipotong-potong dan masukkan sekali. akhir sekali masukkan garam.
** jika kuah agak pekat, masukkan air dan kicap manis. kuah hendaklah banyak kerana hendak disiram di atas nasi nanti.

2)
masak nasi seperti biasa. bila nasi 2/3 masak..ambik ikan masin tadi dan cucuk ke dlm nasi tadi. pastikan ikan berada di dlm nasi supaya senang masak.

bila nasi sudah hampir masak, tuangkan kuah ayam kicap tadi ke atas nasi dan biarkan sebentar.

selamat mencuba...

No comments: