Followers

nuffnang

Tuesday, July 14, 2009

Masak2

Balik keja kelmarin lepas mandi/solat terus ke dapur nak prepare lauk utk berbuka nanti. Nasib baik dah beli gulai ikan keli siap2 td..(hehe..) jadi cuma buat menu sampingan je la. Tu pun 5 minit nak dekat time berbuka br siap. Kalut la jgk bila xde yang nak tolong nih..maklumla sampai rumah pun dah lewat. Nampaknya nk kena suggest balik awai 30 minit nih kat PM mcm dulu2..baru la tak kalut tau.. antara yg sempat di masak selain goreng ikan + ikan kering.

Peria Goreng
bahan
  • Sedikit peria (dicuci & potong kecil2)
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • sedikit belacan-tumbuk
  • udang (5-6 ekor) ** boleh jg diganti dgn telur / fishball
  • sedikit gula & garam
Cara-cara
  • Tumis bahan yg ditumbuk td, MA cuma guna sambal belacan G-tra yg jual dlm botol tu je..kehkeh
  • masukkan udang
  • kemudian masukkan peria td
  • garam & gula secukup rasa yea..
  • goreng sebentar lepas tu boleh la dihidang.


Begedil Daging
Bahan
  • 4-5 biji kentang
  • segenggam daging cincang
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1-2 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. pun boleh daging itu digoreng sebentar. MA goreng dahulu supaya cepat masak kemudian baru dicampur dengan kentang td.
  5. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  6. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  7. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.
Sambal G-tra yang MA beli tu. Senang kerja bila nak masak..especially bila nk tumis sayur atau bt nasi goreng..guna ni je..sedap tau..

6 comments:

genny da bomb said...

tu dia skali ng resepi skali hehehehe..saya sll buat begedil dorang ayam pastu tumbuk2 hehehe..pastu kalo ada ikan goreng masuk ikan skali..hah rich gitew hihi..hafiz suka begedil..lama dh tak buat kat dia..hahaha

genny da bomb said...

eja pun salah..goreng ayam daaaa hahaha

MaMaMi said...

sedap sungguh makmi tengok peria tu, terioq. Mekasih Ma sudi kongsi resepi bergedil tu, mlm ni bleh ler kuntau kat dapur wat bergedil...ngeh²..

my little family said...

genny: ni kes terlebih rajin la ni siap kasi resipi..hehe...
mlm ni bt la kat dia.. mesti suka la tuh. :-)

MaMaMi: petua yg diberi kat MA utk elak peria tu pahit sgt...lepas abis cuci..bilas ngn air garam pastu leh la masak...xperlu letak garam dah.. MA kn cuba jgk nanti..:-)
begedil tu senang je kan? MA suka la bt benda2 yg senang nih. :-)

kirana said...

tak penah makan peria..takut pahit ehhe

eh terrer aaa akak buat begedil tu..jadik mcm org jual jer

my little family said...

Ana: mulut akak ni semanjak dua menjak suka sgt mkn benda2 pahit- ulam2 la. lagi klu dpt mkn pucuk ubi apa ntah nama dia..pahit gak tp besttt..cicah sambal belacan.

begedil tu akak bt sdri tau..kang kata snap pic dr tenet lak..kakaka..(gurau je) Ana try la bt..mesti jadiknye la..