Followers

nuffnang

Sunday, September 23, 2012

Musim anak-anak demam



lepas raya ni, ramai betul yang sakit, demam dan cirit-birit.
mungkin sebab banyak sangat open house dan makan pun macam-macam sampai pening perut kot.. 
dlm masa sebulan ni...rutin seharian mama dan incik suami cukup mencabar.
mula-mula mama kena operation, dapat la MC 2 minggu,
dalam masa MC tu baby pulak demam.
dekat seminggu. malam mama tak boleh lena sangat sebab kena standby takut suhu badan naik.
lepas tu Hasif pulak. tapi Hasif kuat sket..boleh lagi main2 & makan ubat. baby ni susah jugak..huhu

mama pulak baru sehari kerja, terkena cirit birit dan muntah yang teruk.
kalau ke hospital mmg dah kena admit ke wad tp sebab memikirkan kita ada anak kecik tambahan pulak baru je MC jadi xmau la lagi tambah MC tu.
jadi ke klinik ambik ubat ja..
cuma ambik EL ja sbb mmg tak boleh bangun sangat2.
time tu jugak la Hasif pun terkena jugak cirit birit dan muntah2.
kesian sungguh dia. lagi la bila dia mintak susu tp mama tak boleh bagi sebab nanti cirit dia lagi teruk.
sedihnya mama tengok.. :-(
kat sini naluri keibuan mama teruji sangat2..
Jumaat lepas, si kakak pulak tiba-tiba muntah2  dan sakit perut.
sampai lembik, minum air kosong pun muntah. :-(
bawak ke klinik doktor kata mmg musim dia. memang ramai yang kena.
hari ni, Anis tak ke sekolah..rehat kat rumah pengasuh dia ja.
harap-harap dah ok sket tu.

sedih dan stress mama waktu ni.. ;-(