Friday, December 4, 2009

Risau...

Selamat malam...

Orang lain tgk Anugerah Skrin, MA pulak dok mengadap pc ni..
Saja gatai tangan dan rindu kat blog tersayang nih.. :-)
Nak bgtau, waktu MA taip n3 kali ni Anis masih demam on off. kadang2 ok..kadang2 panas badan dia..semalam MA tak dpt tidur lena gara2 asyik terjaga beberapa kali sbb badan Anis panas. Kesian anak Mama.. nasib baik jgk hari ni cuti..

MA pulak asyik sakit pada bahagian bawah kanan perut dan pinggang... kejang pada kaki sebelah kanan. Risau pulak rasanya..

Sebenarnya ada berita baik nk kongsi dengan kawan2 semua tp masih menunggu kepastian...
bila dah betul2 pasti, nanti MA story ekk.. Doakan semuanya berjalan lancar . :-)

miss u all..take care..

Wednesday, December 2, 2009

tak de idea..

lama sungguh MA tak update blog. Hari2 buka blog cuma jalan2 kat blog member je.
tak mood sungguh nk update. Bila buka, xde idea nk tulis apa. lagi pun kamera , bateri dia problem manjang..bila nk guna br kn charge.. klu charge awai2 nanti 'kong' jgk..

Raya aritu 50-50 nak balik Kg ke tak.. mmg la hati nk balik tp risau takut banjir kat jalan..
jenuh gak la dok calling2 kakak & member yg dok kat Kelate nk tau jalan2 yg boleh guna.
balik aritu pun masih was2..tp alhamdulillah panas sepanjang hari. Jalan pun ok je.

Pagi Raya menu nasi minyak. Tp MA tak ambik gambar pulak. ish mmg mood xde la nk jadi tukang ambik gambar ni.. sampai gambar family pun x ambik. keja makan-makan-makan..hihi

cuti 4 hari rasa mcm kejap je.. hari nk balik SP tu..Tuhan saja tau malas sungguh rasa nk pack baju. kalau la boleh extend, wajib MA extend cuti dah....huhu
tp xpe..nanti 2 minggu MA balik sana lagi sbb kenduri kawin adik..harap2 kali ni cuaca elok la kat Kelantan sbb td dapat tau hujan start balik dah...huhu

Sunday, November 22, 2009

bila cuti sekolah, cikgu2 yg paling seronokk..yeaaaaaa

Biasanya klu time tengkujuh, mcm ni la rupa pantai Irama. Balik nanti InsyaAllah nk p sana .


Assalamualaikum, rasa tak sedap badan. jangkitan virus dr Abah Anis ni. ANis pun dah mula demam.

Hari ni MA datang keja relax sggh. Maklum la hari Ahad, ramai yg cuti..tambahan pulak cuti sekolah dah start. Jalan raya mmg lengang habis. sronok je bawak kheta 60km/jam. hehehe..

walau pun bwk slow tp cepat pulak sampai office hari ni. tak ramai yg ada ada kat dlm area sekolah tu cuma beberapa kerat je, majoriti tukang kebun dan staff office mcm MA ni..
murid2 dan cikgu dah holiday sakan. seronok depa..dah la sekarang musim hujan..cukup liat nk bangun & mandi.. sejukkkk... rugi pulak rsnya tak pasang heater ms masuk rumah aritu..huhu..

jadual hujung tahun ni, selain balik raya kat kg..bulan depan ada kenduri kawin kat rumah. Adik lelaki MA yg kawin aritu. mmg tak sabar nk tunggu. maklum la..kenduri mcm ni jarang2 boleh bt.. takpe masih ada 3 lagi kenduri yg akan menyusul cuma tak pasti bila je..hehe

Thursday, November 19, 2009

hari ni makan free ~ makcik kantin bt kenduri..

makcik kantin yg MA panggil mama

kacang goreng- snap dr dlm bekas lagi.. hihi

ni mee bandung

ni yg MA mkn td..rojakkk
yg lain simpan utk lunch..dah xleh masuk dah perut ni..


candid..xleh jd photographer kat sini sbb depa x biasa tgk MA bwk kamera, p ambik gmbr makan lak tu..huhu


N3 pasal makanan lagi..hihi.. camno nk diet klu asyik citer pasal makan je ni ekk.. :-)
makanan yang nk citer kali ni spesel sket sbb makanan free........ tang free ni suke aje.. hihihi..

citernya mcm ni, hari ni last makcik kantin sekolah ni memasak kat sini. Tahun depan orang lain pulak yg masuk tender. Bukan tak dpt tender kat dia tp makcik suami isteri dah xmau. tak larat nk jaga 2 kantin..

Yang bt MA sedih tu sbb makcik ni baik, peramah, masak pun best2 dan yg penting murah2.
lepas ni xleh la MA bebas masuk dapur tapau lauk pagi2 mcm selalu dan lepak2 kat kantin time lunch sbb orang baru akan ambik alih nanti.. harap2 orang baru tu nanti ok mcm makcik ni jgk.

ok, sat lagi nak ke kantin nk tapau lauk utk lunch.. nk mkn skrg pun rs kenyang lagi..


Tuesday, November 17, 2009

Mama,Anis ,dah abah..kita kan geng...hihi
tema black & white tu..
ANis skrg iras MAma ke Abah ekk? hehe
Bibi, Abah,Anis
gambar ANis ngn Mama xde pon..maklum la MAma slalu jadi camerawomen..:-p

PC oh PC , kenapa engkau asyik "HANGGGG?"

Geram tul ngn PC ni. Selalu je 'hang'.
Ingat lepas ambik p servis tambah RAM segala dah ok & laju la tp nampak gaya lebih teruk dari dulu.

Nak buka gmail, portal dan update apa2 report selalu sangkut.
last2 tekan je CTRL + ALT +DEL.
abis citer...

p/s: bos..xpaham2 lagi ke ayat ni? hihi....




Sunday, November 15, 2009

bihun hong kong

sedap dan mgenyangkan. Bihun yg dicelur dahulu , tos dan digaul dengan telur yg dicampur daun bawang/sup dan lada sulah. kemudian goreng je campuran td seperti goreng murtabak meggi.

Untuk kuah pulak , buat je ala2 lakna. bila dah siap tuang je atas bihun yg siap digoreng tadi..
:-)


Ni pulak muffin. Nama nya akan di upload kemudian. :-)






Thursday, November 12, 2009

Lan & Deena ~ 6 November 2009

Selamat Pengantin Baru
::
Ruslan & Deena
::

~ Pelamin Cinta Abadi ~
Rombongan pengantin lelaki bersiap ke rumah pengantin perempuan dengan menaiki
3 biji lif. :-) (ni ayat che Ngoh)

Pengantin lelaki ~ My Beloved Brother
Tenang dlm debaran..
Pengantin perempuan ~ Lovely & sweety Deena
Our Beloved Mum
~ dapat menantu lagi, menantu perempuan terakhir...tahun depan timang cucu pulak..hehe
Majlis berlangsung, dengar ceramah, nasihat dan penerangan dari Tok Kadi yg serba boleh.

Tok Kadi: "Ruslan, nak kawin ke tak? kena cakap kuat2 bg semua orang dengar tau.. "
Pengantin lelaki : "Nak.." (perlahan jekkk...ketaq bebbbb..)
Tok KAdi : "kena cakap kuat2 la.. semua orang tak dengar ni.. klu tak nak, saya nak.."

hahaha..kami semua ketawa...

Pengantin lelaki : NAKKK... (dengan penuh semangat...hahaha)


Tok KAdi : "Nak lafaz terima nikah ni ada banyak cara..
cara Johor, Kelantan, KL.
cara mudah pun ada. Nak tau cara mudah, Ruslan?

Pengantin: Angguk
Tok Kadi : "Cara mudahnya ...bila habis saya kata "Aku Nikah akan dikau....... ,
Ruslan cuma perlu jawab " Oraitttttttttttt".


hahahaha..sakit perut kami gelakkkk

Amin....dengan sekali lafaz je...hebat tu..mcm cik Own jgk.. :-)
suka tgk gambar ni..cantik dan simbolik

Tu dia, cameraman2 yg bertungkus lumus snap saat2 yg berharga.. mcm2 gaya depa ni..haha
suasana di majlis akad nikah..
saat yang paling touching..ketika Deena membaca lafaz taklik. (betul ka..confuse)
suasana jadi sunyi sepi..
semua menangis termasuk MA.. :-(
"hanya yang mengetahui akan mengerti"

Ciuman dari sang suami....

pohon restu dari ayahbonda dan keluarga..
apa lagi, makan2 la..dah lapar semua pun..

Pengantin perempuan selepas majlis selesai...ceria.. :-)

Doa buat Pasangan pengantin...

"Semoga kebahagiaan berpanjangan...
dan dimurahkan rezeki sentiasa"


jangan lupa kenduri di Kelantan 17/12/2009 nanti..


Tuesday, November 10, 2009

esok~n3 Lan's wedding..

seperti yg MA bgtau dlm n3 sebelum ni, MA ke KL sbb adik bongsu lelaki MA (Lan) berkahwin. Tp sbb tersilap ambik charger kamera jd xsempat la MA nk upload gambar semasa majlis akad nikah ari tu. Apa2 pun layan dulu gambar pelamin ni.. Klu sempat esok MA upload..klu charger sampai lewat nmpknya lusa la ekk...

romantik tu..
keja2 memasang pelamin. suka tgk pelamin ni..cantik..

bak kata bday gal ~ poolside party

Salam semua . Terlewat sket nak update blog sbb MA bercuti dari Jumaat -Isnin.
Memandangkan charger kamera MA tertinggal di KL, jadi MA tak dapat nk upload gambar2 sekitar majlis akad nikah adik MA ~ Ley @ Lan sbb kamera MA mmg abis bateri terus. Kalut packing masa nak bertolak aritu la MA terambik charger Che NA..hihi..balik umah bila nak charge, tgk2 x muat..hahaha..

Ok, kita layan la gambar masa birthday party anak saudara sulung MA ni dulu ekk. (ihsan dr FB Fatie..) Sebenarnya party ni sehari selepas majlis akad nikah. Tema hitam, putih dan kelabu.. :-)
menu best~ daging kambing golek (tp golek kat mana ekk, x nmpk pun..), nasi, bihun, lots of coklat (mcm2 adaaaaa), pudings, pulut kuning, rojak kelantan, mcm2 lagi.. xingat la..

birthday gal ~ Fatie
Kek ini lah yg menyebabkan alat penimbang ku makin bertambah angkanya..waaaaa.

adiah2 yg sempat di snap.. err..adiah dr Nik mana ekk? ada ka? hahaha

besday gal tgh makan...hehehe
comot mulut mek anis, mkn kek & strawbery
klu xde belon ni mmg xsah la kan? last sekali belon tu kami kerjakan, utk si kecik yg tgh menunggu..hehehe
pengantin baru (pink colour) ngn kak Long + teh mimie (kanan)

Bibi Balqis yg menghalang MA & hubby ber'romantik-romantik..kekeke..
Tok Mek & saudara mara..
posing sebelum balik.. gelap pun gelap la... tgk belakang MA ada byg budak kan? Ju-On ka? oh tidak..ni mek anis yg nk cucuk montot ayoh Ley dio..hahaha..
my family, lepak2 kat tepi kolam renang..sbb dah kekenyangan yg melampau so kat sini leh baring2 sket..hehe
Che NA,Iris & Teh Mimie

Lagi gambar ngn saudara mara..

kita tunggu charger MA sampai, nanti MA upload dr kamera MA pulak..


Friday, November 6, 2009

Tok Kadi nak gambar ..

malam ni, MA sefamily akan bertolak ke KL sbb adik lelaki MA nak kawin.

teringat masa MA kawin dulu.(gatai..) Tp kami di kelantan akad nikah buat waktu malam lepas Isyak. Kat sini bt siang hari.. yang syoknya tok kadi mai rumah. Tak perlu p masjid macam sesetengah tempat kan?

sebut pasai tok kadi ni ada 1 citer lawak la antara tok kadi (yg kawinkan MA) dengan adik lelaki MA ni iaitu bakal pengantin ni.


Citer ni berlaku lepas beberapa hari MA kawin. Tok Kadi ni datang rumah untuk mintak gambar MA & suami. Kebetulan Tok Mek tiada kat rumah jadi tinggal adik lelaki MA ni je la. Masa tok kadi tu mintak gambar MA & suami, adik MA ni dengan confidentnya terus masuk ke bilik dan bawak keluar album2 kawin MA bg kat tok kadi tu tgk. Dah orang bagi kan, tok kadi tu ambik je la tgk. Satu-satu dia belek , sampai habis la semua gambar tu dia tgk sambil dok sembang, puji dan bagi komen. haha..

Lepas abis tengok gambar tu , tok kadi mintak sekali lagi gambar MA yg dia nak tadi. Adik MA ni dengan selumber je jawab, "takdok doh, ni jah hok ado..hok lain dio wak g Kedoh doh..",
pastu Tok Kadi tu senyum ..hehehe..sambil jawab. "buke...pokcik nok gambar pasport nok buh dale buku kawin dio(MA ) ni.. nok gambar dio nge tok laki dio la.."
hahahaha..rupa2nya nak gambar pasport kami. adei la..yg adik MA ni phm tok kadi tu mai nak tgk album kawin MA so dia kasi la..bila tok kadi tu mintak lagi gambar MA, dia pun dah pelik..hehe... tp nasib baik gambar yg tok kadi tu nak mmg MA dah bg siap2 kat adik MA tu.. bila dia citer kat MA, sakit perut kami dok gelak balik..hahaha..

p/s: Ley,kali ni jangan bt lawak lagi p tunjuk gambar 1 album pulak kat tok kadi tu yea...kang MA gelak kuat2 nanti kang..hahaha..


selingan, gambar Anis last week.. hehe






Thursday, November 5, 2009

spesel utk ayoh Ley