Followers

nuffnang

Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Thursday, June 2, 2016

TESTING-TESTING ...HI SEMUA...



Testing-testing...

hi semua.. lama tak sapu sawang kat rumah ni. klu tengok-tengok balik, dah 2 tahun mama tak ngomel kat blog tersayang ni. RINDUNYEEEE...   tapi kan bukan saja-saja tau mama tak mau upload post, mengomel dan singgah blog kawan-kawan . Sebenarnya blog mama kena 'hack'.
macam-macam dah try (plus kita pun IT kureng sket..hihi) tp still tak dapat buka blog ni. Sampai la mama dah give up kejap. huhu..

Hari ni tak tau pasal apa , angin apa tiba-tiba teringat kat blog mama ni. Bila try godek-godek balik, baiki sket ..ALHAMDULILLAH dapat balik blog mama...  (suke-suke).


Disebabkan dah bertahun mama tinggalkan bidang berblogging nih rasanya akan ambik masa sket untuk mama study balik apa yang latest kat blog nih . yang dulu pun mama dah lupa, ni kan pulak yang baru.

Banyak nk story kat sini... tp semuanya ikut mood.Apa pun, happy dan syukur sebab dah dapat balik blog mama.....


 

Tuesday, March 13, 2012

Takziah...


semalam satu negara dikejutkan dengan berita tentang adik Nurul nazirah yang dilaporkan hilang lebih seminggu yang lalu ketika keluar membeli makanan.

mama masa tu sedang bersantai bersama dengan family terkejut bila mendengar berita di TV mengatakan yang mayat rentung yang dijumpai di ladang kelapa sawit telah disahkan milik adik Nazirah .
tiba-tiba teringat balik pada kes adik Nurin dulu.
MasyaAllah, manusia sekarang ni mmg dah lebih dasyat dari binatang.
budak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan mereka.

cukup sedih dan takut sebab mama pun ada anak yang lebih kurang sebaya dengan Allahyarhamah adik Nadirah tu.
mama malas nak komen tentang kecuaian ibu nya yang terlalu leka dengan FB, cuma berharap agar penjenayah tu akan dapat ditangkap dan diberi hukuman yang berat serta setimpal.
mama percaya Pihak Polis dan yang terbabit pasti berjaya menangkap penjenayah terbabit.

apa2 pun TAKZIAH untuk keluarga adik Nazirah. 
semoga kalian tetap TABAH dan jadikan ini sebagai iktibar.

kepada kita semua ibubapa diluar sana termasuk MAMA sendiri..semoga kita akan lebih beringat dan berdoa agar anak-anak kita kelak terhindar daripada kejadian yang tidak diingini...

SEDIH, TAKUT dan KECEWA

 

Monday, February 14, 2011

Untuk dikongsi bersama...


Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.




Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

             
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a’lam



Monday, December 21, 2009

Bukan Rezeki Kami...

Assalamualaikum... agak lama rest hari ni baru sempat update sket blog. Cuma nk bgtau yg MA miscarriage last Thursday. Very dissapointed and sad. Tapi apa nak buat, kn redha segala ujian. Ni kali ke 2 MA miscarriage. Yg pertama tu masa kandungan usia 3 bulan, sebelum Anis. Kali ni pulak usia kandungan 2 bulan dan kerana kandungan luar rahim.

Buat masa ni rehat je kat rumah sbb masih tak boleh nk duduk lama2, rasa sakit sangat kat pinggang. Pagi tadi dah ke Hospital Sultan Abdul Halim, SP utk bt check up kot2 kena bt D&C. Alhamdulillah tak payah so tak perlu la 'check-in' dlm wad. actually semalam lagi MA dah kena tahan tp mintak balik dan datang pagi ni. NAsib baik Doktor tu kasi balik. :-p

ok la, bt member2 yang ada sedikit petua atau info 'berpantang' ni leh la share dengan MA ekk... apa yg boleh makan, apa yg tak boleh ekk... bukan apa, lupa la.dulu Tok Mek yg jaga, skrg sendiri mau ingat la... :-(

nanti MA upload gambar kenduri di Kelantan aritu. kenduri yg sungguh meriah tp MA xboleh mkn lauk pauk tu..tgk je la... huhu

Wednesday, December 9, 2009

kecewa sangat-sangat...

sebenarnya sekarang ni aku tgh kecik ati dan makan ati dengan seseorang..
Frust sangat2...
kalau sekali dua aku boleh tahan, tp kalau dah berkali-kali..rasanya hati aku dah makin nipis dan tawar..

kalau la aku boleh....


Wednesday, May 13, 2009

Jawapan Teka teki Bibi

hampir lupa nk bgtau jawapan teka teki tu. Bila Zaza ingatkan br la terhegeh2 nk taip. :-)

Jawapannya adalah:
Jeng..jeng..jeng..

1. Gigi apa yg takde gigi?
~Gigi rongak..hahaha

2. Kenapa Superman pakai baju ketat ?
~kerana dia pakai baju size S (tu tulis kat dada dia tu)..
adei la..budak2 punyer teka-teki, kena terima je la jawapan apa ponnnn...huhu

Thursday, May 7, 2009

Teka Teki





ni teka-teki dari anak sedara MA ~ Bibi nama dia..

Sila jawab yea kawan2.... sakit perut bila tau jawapan dia..







1. Gigi apa yang tak ada gigi?


2. Kenapa Superman pakai baju ketat?





Selamat Menjawab yea.. nanti jawapan sebenar akan menyusul.. Ahli keluarga MA tidak dibenarkan untuk jawab soklan2 ni..kakakaka...

Hadiah pun xde..kakaka..

Wednesday, April 8, 2009

cuci cermin lagi

amboiiiiii..mentang2 la aku ni rajin cuci cermin kelmarin, arini bos suh cuci cermin bilik kuliah 1 pulak. Ayoyo...banyak tu. Dan yg paling susah sbb semua dah ada grill. Dah le arini ku mai keja pakai baju kurung. Klu tau pakai t'shirt siap2. Xpe..satgi aku balik tukar klu rajin.

Ku pikir nak pancut ngn aip paip je kali ni. Malas nak lap pakai kertas surat khabar sbb banyak. Lap ngan air sabun pastu pancutttt air ..muahahahaha.....senag sket keja ku...
tp semua tu akan ku buat petang ni sbb nanti licin pulak coridor tu nanti.

Adik FT yg baru masuk tu skrg ni dok lap lantai kat bilik kuliah tu yg ada kesan2 debu. Tukang cuci yg diupah aritu mop dah tp kesan debu dinding ttp ada so kami lap balik pakai minyak pulak...

Ingat nk snap pic dia, tp takut dia malu lak..hehehe..

Thursday, April 2, 2009

Hari ni ~ Kul 5.20pm


hari-hari biasa, tepat kul 5pm..berdesup tutup pc. Pastu mula bersiap2 nak balik umah dah.
Arini pulak, sekarang ni dah pukul 5.20pm, masih dok kat pc layan blogging. (nk buta keja lain xnampak sbb wiring xsiap sambung lagi jadi lampu pejabat xdpt pasang..gelappp..harap pc je kasi cerah meja nih)

Nak tau kenapa MA rajin sgt arini sampai tak balik2 lagi? Sebab kat luar tu hujan lebat giler... tambah pulak dengan kilat. jadi MA putuskan xmau balik lagi. Bukan pe, mata ni bukan jenis mata superman ,takut nanti lebat sgt hujan tak nampak jalan..kereta ku nanti ku drive masuk sawah plak..kakaka..

jalan MA guna tu tinggi sket ,kiri kanan sawah.. kerap jadi angin lintang.. kalau sayangkan nyawa & Anak anda..sabar2 la yea.. xke mana ponn rumah tu..(kata-kata utk menyedapkan diri sendiri..hahaha)

p/s: adoii..ujannn bila la nk berenti..makin gelap opis ni wei..huhu.. takuttttt

Monday, March 30, 2009

Buat Apa ari minggu?

Banyak betul aktiviti weekend lepas. Dari pagi sampai ke malam. Antaranya Shopping barang keperluan, tgk grill kat rumah baru (waa..frust gila ), tempah langsir, survey lampu, dapur, kipas, ambik barang di pos laju etc..etc..etc.. Tp xsemua MA snap pic sbb segan la nk snap pic dlm kedai2 ni, takut nanti depa x kasi plak. :-p

hahaha..ni pulak yang ku beli. Bila singgah kat kios make-up ni mmg mesti buang duit nyer lah. Sebab bibir MA skrg tengah mengelupas teruk (xtau kenapa) jadi MA beli lip gloss je ganti lipstik yang dah banyak MA buang. Mascara tu pun sbb dah lama abis. MA pilih kaler coklat, just nice.

Haa ni plak beli kat Tesco. RM10.00 hinggit je ponn. Buat letak kaki- di ofis. barang2 lain yg beli kat sana xpayah snap le, cuma brg dapur-kentang, udang, ayam, telur, aiskrin etc2..kekhkeh..

Thursday, February 26, 2009

'Saya ada 1,001 sebab' ??????????

'Saya ada 1,001 sebab'

Ish.ish..xpernah-pernah MA dok komen pasal apa yg di tulis dlm paper sblm ni. Even pasai si Memey + Norman pun MA merungut kat luar je..Tp ari ni bila tgk muka depan Metro pasal komen balas dari si Roslin tu rs nk marah pun ada gak. Memang la kita ni orang luar dan tak layak nk campur urusan depa tp bila dia dah p bgtau kat paper pasal kes cerai berai depa tu dan bila bekas isteri bt kenyataan balas, nak marah plak. Tak patut la...

sebab apa depa bercerai tu mmg terlalu personal la..kita pun xtau (dan xmau ambik tau pun) tp tgk la sapa yg p buka cerita dulu kat reporter pasai kes cerai berai ni? Bekas isteri ke Encik badminton kita? Rasanya, MA mula2 tau pasai kes kawin xsampai 2 minggu ni daripada En Badminton Dia dulu yg bgtau kat reporter. So bila bekas isteri buat kenyataan balas kat paper jgn dok melenting la beb. Masa ni baru tau malu , tertekan etc. Masa dok announce kat paper tu ada ke pikir pasai semua ni? Pikir ke pasal hati dan perasaan pihak yg lagi satu? Ish2... Klu mcm ni la punya pemikiran..rasanya kawin lagi pun lepas ni xkan ok jgk.

Perkahwinan tu sesuatu yang mulia. Sebelum berkahwin tu kenali la dulu pasangan..(walaupun xdpt 100%) so sekurang2nya xde la bila dah "aku terima nikahnya.." mula la rs ada yg kurang, x menepati kriteria etc. Ingat la, no body's perfect. Even diri kita sendiri pun!! Tp kalau rasa mmg dah xboleh sgt2 nk bersama, dan terpaksa berpisah dan perlu bt press conference., buat la sama2. Dok sekali dan bgtau elok2. Ckp xde jodoh. Orang pun xkutuk. Konon2 alasan segan sbb org dok ucap tahniah..(mmg patut pun ucap tahniah kan?) klu nk ckp gak, pikir la akibatnya..
kn jugak bg peluang kat bekas isteri buat komen balas utk bela diri dia gak. yea la, bila kita ckp mcm tu mesti org dok kata something wrong pasai bekas isteri kan? Mcmana nanti dia nk berdepan dgn org ramai? xterpikir ke perasaan dia + parents dia.. ish..ish.. jgn la selfish sgt. Lagipun reporter yg p cari dia.

So bila dia jwb balik tu..tau la plak nk rs malu etc.. em... mcm tu la jgk yg bekas isteri rs ms En Badminton kita bgtau reporter. so kn adil la..

MA x salahkan bekas isteri dia pun bt kenyataan mcm tu sbb kita pun kn jg maruah & air muka kita gak. Dia pun ada ibu & ayah gak, lagipun dia tu perempuan..lagi la.. so mmg patut pun bt kenyataan balas ! Klu orang xmau jaga hati & maruah kita..bt apa kita nk jaga maruah depa plak kan?

So..buat Roslin, sebelum bt sesuatu tu pikir2 la dulu impak pada orang lain sama. Sbb kesannya lambat laun, akan berbalik kat kita jgk.. pastu klu nak kawin..cari sendri..xpayah terima rekemen org.

p/s: mintak maap la klu hiper sket... sbb tgk dunia skrg byk sangat yg tak adil.. huhu..

Saturday, November 8, 2008

Musim DeMamMmm....???

muka orang demam..hukhuk..

Rabu lepas MA kena demam panas. Asalnya cuma bersin dan selsema. Lepas tu tekak mula rasa perit dan bibir kering. Nak tdr pun xselesa sbb rasa dlm badan ni terlalu panas sampai mata berair. Khamis terpaksa MC sbb dah makin teruk. Suara pun tak keluar..Dah lama jugak tak kena demam mcm ni. sekali kena..tu dia..lembik terus... hehe.. Sepanjang hari baring je sbb nak duduk, abis sakit belakang, sengal sendi dan urat. Bila hubby balik terus ke klinik sbb xtahan dah. tak mau berlarutan dan risau takut jangkit kat Anis pulak nanti. Kata doktor Su, sekarang mmg musim demam, ramai yg kena jangkit. mungkin sebab faktor cuaca yang kejap panas dan hujan ni.. Malam tu lepas mkn ubat , tdr awal.

Esoknya lepas 2x makan ubat dah beransur baik cuma masih lemah2 sket. Nasib baik ada adik/akak so depa la tolong masak.

Ultraman tetap tak tinggal tu.
Anis kata Ultraman pun demam sama gak..alahai...


Semalam Anis plak jangkit. Selsema dan panas badan. Kesian Anis..walaupun demam selsema tp masih aktif anak mama ni cuma masa nak tdr la kesian..selsema bt Anis tak selesa tdr. Akibatnya..MA pun xdpt tdr lena sebab asyik terjaga tiap kali Anis merengek.. (untung la hari ni cuti..hehe.. leh la cover balik..) tp xpe..dah bagi ANis ubat demam dan selsema. tgk esk pulak mcmana. Klu masih tak baik, ken p klinik sebab takut nanti makin teruk. kang xdapat nak p CH. hehehe..

Thursday, October 30, 2008

lawak...cucur udang

Ali bengang giler bile dia dapati
cucur udang yg dibeli x de sekor
udang pun kat dlm nye .. lalu dia pun
pi balik ke gerai makcik jual
kuih tu..

Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg
jual tu…”makcik apsal cucur
udang ni sekor udang pun x de?!”

Makcik yg jual tu pn dgn selambernye
menjawab “abih tu yg ko beli
cucur badak ada x badak kat dlmnya?!
Camne plak dgn cucur kodok,
ade x kodok yg melompat kat ko?!

Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jawapan
yg diberi makcik tadi….huhuhu

p/s: cerita ni MA dapat dalam blog mesmerising1's.. lawak tul cerita dia..
saja untuk tatapan teman2 yang lain plak...hehehe


Wednesday, October 29, 2008

MALAS / BZ

dah banyak ari MA tak update blog ni. bila penyakit M dah datang, mmg susah. Bukan tak buka blog ni, ari2 buka bila ada kesempatan..kecuali bila keadaan tak mgizinkan. tp bila buka..idea hilang..so, MA cuma jenguk2 blog teman2 je la.. baca story depa dan aktiviti umah terbuka yang dibuat atau dihadiri.. Sayang betui.. kali ni xde satu pun umah terbuka yg MA pegi. Bukan xde jemputan, klu ada pun clash ngn aktiviti yang telah siap di atur.. huhu..
Sepatutnya semalam sampai esk MA ada kursus (28-30/10/2008) kat Emerald Puteri. Tp last minutes kena postpone ke 12-14 Nov plak. tapi tak tau la time tu jadi ke tak.. Apa2 pun MA xkira..16 Nov tu MA dah apply cuti. Sebab MA dan family akan ke CH pada 14 Nov tu..(kira lepas kursus tu, cabut ke sana la) .Ni kira rombongan Che Badariah ke Cameron Highland .. hehe..

Tak sabar nak tgk reaksi Anis kat sana nanti. nak snap pic banyak2 especially kat tmn strawberry & ladang teh tu.. hehe.. last sekali MA p CH ialah tahun lepas. Masa tu sbb ada kursus. dpt mkn sayur fresh2..emm..best sungguh. Pastu dikelilingi bunga yang segar..( eii...giler sat) hahaha.. sempat gak le MA rembat rose putih utk letak dlm bilik..

Cameron Highland..... tungguuuu.....aku datang lagi.... hehehe

p/s: nanti nak p Genting plak.. emm ..bila la plak tu?

Wednesday, October 22, 2008

Tips! - 8P dlm Kebahagiaan Rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

0 comments

Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI


sudi-sudi kanlah..ambik dan tempek kat blog masing2 yea...


sebenarnya dah post kad ni lama dah tp lupa nk suh teman2 ambik + letak kat blog masing2.
kali ni MA nk bg kad ni kat semua teman2 tak kira di mana berada.. Sudi2 kan lah.

Esok MA dah balik kg ( Kelate....) walaupun ni masih kat ofis lagi..tp hanya jasad je. otak ni asyik dok pikir brg2 nak packing etc..etc..

cuti lama gak le..29 September - 6 Oktober 2008

Buat semua sekali lagi di ucap..

Selamat Hari Raya Aidil fitri
Maaf Zahir Batin

Thursday, September 11, 2008

i'm backkkkkkk....



hehe..dah abis la kursus.. Kursus kali ni la yang xboring sekali dalam banyak2 kursus.. Yang paling enjoy dan relax. nak tau kursus apa yg MA kena? Kursus Adobe Photoshop..hehe.. klu bab2 mcm ni mmg ralit la. Sambil2 dok dengar lagu raya plak tu. sempat jugak la MA try bt sendiri kad raya....nanti MA upload 'kad raya eletronik' tu masa nak dekat2 raya ekk... klu nak buat streamer mcm orang nak kawin pun dah boleh bt sendiri la. boleh buat ikut suka kita..nak tulis apa, letak apa..hehe seronot tul.. tp sayang MA dah kawin la..klu tak, ku buat sendiri streamer tuh.. takpe..masih ada lagi adik2 yang belum kawin ni.. MA leh tolong buatkan nanti ekk..hahaha



bila dah balik ni, MA terasa nak 'tayang' lagi la menu berbuka yang kami sefamily makan. x kira la yang masak sendiri ke atau yg beli sendiri.. sebenarnya tu untuk kasi idea pada sapa2 yg nak masak utk makan ms berbuka tu..kira mcm bertukar2 menu la..nak bertukar2 makanan mcm jiran sebalah menyebelah dah tentu xboleh kan? jadi kita bt la cara cyber nih..kekeke.

dan utk family MA yg slalu buka blog MA utk tgk menu apa kami makan ari ni.. sama2 tukar idea.. tp klu menu yg MA tayang tu 'menyeksakan' perut dan mata sesiapa yg memandang..mintak maap byk2 la yea.. hehe anggap la dugaan di bulan yg mulia ni..

lagi satu tittle blog MA tetap MY LITTLE FAMILY.. x akan bertukar pada MY Little kitchen or Dapur Ku Berasap Lagi yea..kekeke.. x mungkin tu sbb MA post pelbagai n3..bukan khusus pada masakan je...x pro masak..cuma yang biasa2 aje.. Kisah dlm blog ni pun sekadar luahan seorang insan yang gatai tangan nak menaip jek..hehe


glitter-graphics.com

p/s: untuk menu mlm ni tgk pada mood nk post ke tak..klu rasa rajin MA post klu tak.... :-p

Monday, July 28, 2008

My Little Family


Boring2 kat ofis ari ni, Mama bt benda ni plak..tgk semua umah ada benda ni
tantekk!!

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com



Thursday, May 8, 2008

heheh..Ubat nak hilang mengantuk

sesuai di praktikkan di ofis..jom cuba...!!


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa.. aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...



buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..



hilangkan semua stress...



pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak



akhir sekali
buat joget kucing...
kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja


hehehe...jadi tak?

Saturday, April 12, 2008

Al Fatihah buat Pak Tam Manan (11 April 2008)


Takziah bt Mak Tam sekeluarga di atas kehilangan suami yang amat dikasihi Pak Tam Manan yang mengidap sakit jantung pada petang Jumaat yang lalu. Semoga Mak Tam sekeluarga akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan seharian tanpa insan tersayang disisi.. Semoga Roh Pak Tam dicucuri rahmat dan berada didalam golongan orang2 yang disoleh.... Al Fatihah..