Followers

nuffnang

Saturday, May 16, 2009

COXSACKIE???

Sebenarnya banyak n3 yang MA nk post dlm blog ni tp keadaan tak mengizinkan sbb ANis kn demam. Mula2 kami ingat demam biasa je sbb malam Jumaat tu masa bawak ke Klinik Phacharan, doc check dia cuma demam biasa je, Jadi bg ubat demam, selsema, antibiotik dan tekak. Tp mlm Sabtu masa nk mandi kan ANis , MA tgk ada bintik2 kat badan dia. Mula2 kami ingat kena demam campak besar @ bertih kata org Kelate. Tp bintik2 tu tak berair, jadi kami ingat nk bawak p ke Klinik Pakar C.P Ooi pulak untuk confirm betul2. Maklum la sekarang ni kat Kedah ada penyakit seperti Chikukunya & Mignitis.

Masa jumpa Doc Ooi, lepas MA bgtau ciri2 yg ada pd ANis, dok tu kata dia mungkin kena Coxsackie. haaa? COXSACKIE? teruk ke ekk? Lepas dia check, confirm Anis kena penyakit tu. Katanya demam akan berpanjangan biasanya seminggu, bintik2 tu akan bertambah jadi kami kena asingkan makanan ANis, xboleh share2.. Air liur ANis ni yg paling bahaya sbb boleh berjangkit. klu dia tak lalu makan, bg dia aiskrim atau benda2 sejuk. (esk nk kena tambah stok aiskrim la..huhu)

Kesian ANis, kadang2 dia menangis sakit kat dlm mulut, tp kdg2 aktif mcm biasa. Cuma doc tu pesan klu tgh2 mlm suhu badan dia tiba2 naik, pastu ANis nmpk lemah semacam je, kami kena cepat2 bawak ke Unit Kecemasan kat hospital. Tak payah tunggu esok takut melarat.

ok la, MA kn stop dulu sbb MA pun dah ngantuk & tak larat.Nak kn standby utk tgh mlm ni pulak. Gilir2 ngn hus. InsyaAllah, esok MA akan update lagi. Uols, Doakan Anis cepat sembuh yea...

p/s: Ni detail ttg COXSACKIE untuk rujukan korang.Ni je yg sempat MA search utk info MA sekeluarga. risau la sbb sekarang ni MA, Hus, che Su & Teh Mimie dah mula rasa gatal2 kat badan2 dan muka ni.. MA pulak asyik dok bersin dan selsema jek..

6 comments:

ANAKIRANA said...

musim mcm2 skrg ni
take care ye kak...
tak penah ada experience ni lagik..tak tau tips2 nak cepat sembuh

Suzi said...

moga anis cepat sembuh. byk2 sabar dan berdoa ayu...

ummi afifah said...

semoga anis cepat sembuh... mula2 dgr penyakit coxsakie ni dulu mcm takutnye.. tapi skrg penyakit ni dah mcm familiar dgn anak2 kecil... pas seminggu ni ok le tu.. be strong ye anis..

Lee D'Langkawi said...

Kesian Anis. Ayoh Ngoh doakan agar Anis cepat sembuh.

genny da bomb said...

skang ni macam2 sakit ada..saya pun baru je lega selsema ng demam..hmm..

tak care ya..rajin2 makan ubat

Mynie said...

..entah apa la punca penyakit ni ye.. dulu doc kt drpd najis yg dbawa oleh tikus @ lipas.betulke?..