Followers

nuffnang

Tuesday, October 20, 2009

apa pendapat korang?

saja nak tanya korang sbb aku rasa mcm x logik dan tertipu pun ada.
Cam gini, masa kami pindah bulan Mei lepas kami beli peti Ais yang baru sbb dulu kami share guna peti ais adik/kakak aku. klu nk beli time tu pon dah xde tempat nak letak lagi pun nk jimat kan bil letrik kan.

so alang2 beli peti ais, kami beli yg 720l terus, maknanya yg besar la. lg pun barang letrik skrg semua dah save energy, walaupun besar tp ttp jimat karan (kata org Kedah). Peti Ais yg kami beli tu reganya klu tak silap aku dlm RM26++ la tp after diskaun dapat la RM23++ (aku lupa harga yg tepat)
Nak dijadikan cerita, lepas beberapa bulan pakai tiba2 peti ni bt hal.. tak sejuk. mula2 aku ingat mmg camgitu la..tp bila dah berhari2 aku bt ais tak beku2, pastu ikan, udang, daging dan segala mcm benda yg aku letak dlm peti tu dah mula berbau..so kami report kat kedai yg kami beli tempohari. ambik ms jgk la dia nk mai check. Dah check dia bgtau saluran gas tersumbat sbb tu xsejuk so dia ambik balik utk isi gas etc... ms tu dlm bulan posa. so aku terpaksa la tapau je lauk berbuka time tu sbb xde tempat nk simpan ikan segala. nasib baik dah 2 minggu posa tu.

seminggu lebih kendian, dia mai hantar peti tu balik. bila kami pasang, ok sejuk mcm dulu2.. so aku isi balik la stok lauk pauk/ ikan segala dlm peti tu kan? tp yg bt aku geram campur nak marah pun ada, dlm 2 minggu lebih pakai dia bt lagikkkkkk.... jd mcm dulu jgk.. so kami call report balik dan kami ckp kali ni klu boleh kami nk tukar yg lain. tak sanggup ambik risiko lagi.

bila depa mai check, depa bt surat ke HQ suggest utk tukar peti. fine... kami tunggu feedback HQ tu la. Jumaat lepas aku dpt call dr adik yg keja kat kedai tempat aku beli peti tu suh datang pilih peti untuk ganti peti aku yg rosak tu. sebab peti yg sama jenis dah abis stok jd dia mintak aku dtg pilih peti lain. disebabkan peti yg ada semua kecik2 so aku terpaksa ambik yg latest design. tu pun hanya 6+L je..kira kecik sket la dr yg asal aku guna tu. kami tak kisah la..yg aku xpaham tu aku kena tambah RM400 sbb katanya harga peti aku dulu dah susut jadi RM21++.

yea ka? aku tau la setiap mesin/ brg letrik ada susut nilai tp peti ni rosak bukan sbb aku. br 4 bulan pakai dah xsejuk...lain la klu dah bertahun aku guna. lgpun masih dlm waranty lagi kan? aku rs sepatutnya aku xperlu bayar sesen pun melainkan harga peti yg aku nak lagi mahai dari harga peti yg aku beli dulu tp peti ni kurang dari harga peti lama aku. confuse aku..

kesimpulannya aku mmg frust sggh la....

kawan2 ada idea dak atau penerangan detail..betul kedai tu atau pahaman aku ekk?

11 comments:

ANAKIRANA said...

kak ayu,
1.brand apa tu?awat servis lagu tu depa ni


2.mintak one to one replacement ..buat tegas2 sket...jgn dok tambah2 duit melainkan amik barang yg mahal dari rm2600 tu

~ iezza ~ said...

Ada pula kedai yang mcm tu.Dah dia org punya barang yang tak elok akak pula kena bayar.Iezza rasa elok akak tegas sikit.

lemongrass said...

Mama Anis,
teruk lah kedai tu kan. Bukan salah you guna peti ais tak betul sampai rosak, salah diaorang bagi you peti ais yg ngok punya. So, memang you kena tegas and kata klu you tak dpt ganti rugi peti ais yg sama, you boleh lapor ke hal ehwal pengguna kan. Tak patut betul diaorang suruh you bayar lebih.

mc ta said...

Yup, threaten depa sikit, cakap nak report kat yg berwajib..jgn bagi muka st kat depa2 nih. Hisap darah org jer. Kena tahu hak kita..cam dlm TV tuh.."satu pengguna, satu suara" ..:-)

Intan said...

Aku pun setuju dgn pendapat yg lain2. Kau jgn nak gatai2 tmbh duit. Samada depa ganti brand new or bayar balik semua duit kau.Gertak kata kau akan report pd pihak berwajib & email to everyone on this case.

my little family / kaftanbatik said...

ALL: tu la...MA rs pun sepatutnya MA xpayah bayar sesan pun melainkan peti yg MA nk ganti tu lebih mahai dari harga peti asal tu tp depa kata mcm tu.. nanti balik ni MA tgk resit brapa harga peti yg MA beli..lupa harga tepat dia..

thanks all.. RM400 tu nk kena tambah utk peti yg 610L je..

my little family / kaftanbatik said...

nampaknya MA nk kena heret member yg 'garang' sket ni utk support MA .hihi..klu nk harapkan my hubby tu, alamat terbang la RM400 ku tu.. dia la selembut2 org....ish2..

my little family / kaftanbatik said...

nampaknya MA nk kena heret member yg 'garang' sket ni utk support MA .hihi..klu nk harapkan my hubby tu, alamat terbang la RM400 ku tu.. dia la selembut2 org....ish2..

genny da bomb said...

kak ayu..patutnya tak payah bayar sesen pun..melainkan rega peti tu lebih dari rega kak ayu beli..pehal plak susut2 nilai dalam waranty lagi..ish kalo saya dah kena sound dh kedai tu..ape plak caj2 org dah peti tu tak smp setahun pun lagi..

akak pegi balik buat tegas2 sket..dah dapat ke blom peti ais tu?dh bayar lom?jgn bayar..kalo kak ayu beli peti tu rega 23++ n kalo peti ais yang baru rega lebih 23++ tu baru la bayar..n bayar rega selebihnya saja..

genny da bomb said...

cakap ng org tu..awak nk saya report kat persatuan pengguna ke hihi..biar dia gerun sket..

my little family / kaftanbatik said...

genny: tu la..akak pun dah ckp mcm tu kat dia.. dlm warranty lagi. klu peti baru tu lebih harga xpe akak leh byr tp ni xpasai2 ada susutnilai. bengong..dah la akak beli cash dulu, pastu ada ambik extra insuran lagi..