Followers

nuffnang

Showing posts with label cerita-cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita-cerita. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

The Negotiator

mm..gara-gara cerita ni la, aku tido lewat semalam.
gara-gara cerita ni la aku mengantuk & pening2 lalat sekarang ni..hehehe..

bukan marah, tp enjoy sangat sebab dah lama tak tgk movie citer yang best. Sebenarnya MA dah pernah tgk cerita ni pun sebelum ni. Hubby MA ada beli cd dia masa kami belum kawin tp ntah sapa pinjam, x hantar balik... hilang gitu je..

dulu, sebelum kawin & sebelum ada Anis..kami ni suka tgk wayang @ dvd. banyak jgk la dvd/cd yg kami beli. sekarang je dah kureng sbb klu beli pun bukan dapat tgk.. Anis dah conquer tv dahhhh... :-)

tp citer The Negotiator smlm mmg best lah... enjoyyyyy..teringat zaman2 sblm jadi ibu ni.. hehe

p/s: citer apa yg best kat panggung skrg ni ekk?


Tuesday, January 19, 2010

Tgk Gerhana Matahari

hari ni baru sempat nk update n3 sepanjang cuti lepas.
Kelmarin sungguh tak sempat sbb kebizian yg melanda..
hari ni pun maintain bz tp sempat nk cilok2 sket update blog ni..

nak update pasal gerhana matahari aritu.
sakan la kami + jiran2 yg ada kat area umah kami keluar utk tgk gerhana matahari ni.
masing2 tu dia, pakai cermin mata hitam semua.

banyak gak gambar yg MA snap tp sbb pakai pun camera compact je bukan yg zoom tu jd bentuk gerhana hanya boleh nampak menerusi mata kasar (yg pakai spek itam je la) dlm kamera xnampak .
klu perhati betul2 nampak la bentuk sabit kan? tu je gambar yg paling clear yg sempat MA ambik.


tu dia, besen letak tgh2 jalan terus..nasib baik xde yg lalu time tuh.. :-)
tak puas tgk dlm besen, tgk pakai cermin kheta yg tinted pulak dahhh...

Sunday, June 14, 2009

maghi pakak2 kecek kelate..

Arini MA xtau rajin ke dak nk bt posting bergambar. dah la sampai pg td (7.45am) terlupa nak thumbprint, pukul 8.10 br perasan..hehehe..
banyak benda nk share -cerita ceriti ms cuti ari minggu lepas, tp sbb byk jgk keja kat opis terchinta ni, jadi bt sementara waktu maghi kito pakat blaja kecek kelate (tp hok ni cumo perkatae2 jah deh)

SKali Arong - Sekaligus

Kupik Hangik - Kedekut Nak Mampos

Comel Lotte - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Sangat2

Hangit Lettung - hangit yg mmg hangit

Ite legge - teramat la Hitam

Punoh Jane - Rosak

Ggura Bewok - Over Gurau..hahha (atau gurau xkena tempat pun leh pakai gak)

Taik Aye Monne - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Bekwoh - kenduri

Nakuk Paik/ nakuk hangit - Penakut Yang Amat Sangat

Lonjong - Tinggi Sangat

Woh sseto - Buah Manggis

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih bbaye - Sangat Nipis

Babei / babee - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne) bukan babai yea..hahahaa

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puah - Boring

Meppeh - Tak Larat

jangok - melawa / lawa

tee... @ behe - pukul

kok - sekeh

mokte - rambutan

timun cino - tembikai

gelewat - menyibuk kat depan kita / menyemak

tendde - sepak

gelenya - gatal


emmm..setakat ni tu je yg MA ingat...ada sebarang tambahan? lehla tulis kat ruanagn comment..hahha



Friday, May 22, 2009

Ronda-ronda cari rumah sewa

Rabu lepas keja kami pusing2 2 taman untuk cari rumah sewa. mesti pelik kan, dah ada rumah sendiri tp nak cari rumah sewa lagi ka? Sebenarnya rumah sewa ni untuk adik & kakak MA nanti. Bila MA dah pindah hujung bulan ni, depa pun plan nk kuar sama. Klu boleh nak cari yg dekat2 dengan rumah MA. Mula2 kami target fasa C (fasa rumah MA) tp xde la nmpk org nk bagi sewa..yg nak jual terus tu ada la..hehe.. Jadi kami survey fasa B dan jgk A di bandar Sri Astana dan jgk Bandar Puteri Jaya-sebelah bandar kami.

Ciri2 rumah sewa yg adik & kakak MA nk :
  1. mesti la porch yg boleh muat 2 biji kereta sbb masing2 dah ada kereta sendiri. tp xbanyak yg ada porch besar mcm ni.
  2. Tak mau yg besar sgt
  3. mesti ada grill. Kan 2 org pompuan yg nk dok.. :-) security is important.
  4. Area rumah pun penting jgk..xmau la area rumah yg sunyi dan tersembunyi.
So pendekkan cerita, cari punyer cari, punyer cari..lepas reject mana2 yg tak memenuhi ciri2 td so ptg tu kami terjumpa sebijik rumah teres -lot tepi yg nk disewa. Sbb excited sgt, kami beria2 call empunya rumah yg nk bg sewa tu. Jejaka yg masih muda rupanya( tu dr sudut suara la-xjumpa lagi) Sebenarnya dia pun br je iklankan rumah dia utk disewa. RUmah baru lagi, fasa B (rumah MA fasa C) cantekkkk..leh berjiran..kehkeh..depan padang permainan pulak tu.. sukeee Mek ANis.

tp masalahnya dah ada yg br je call nk sewa jgk rumah tu. ish, dah jumpa yg berkenan tp ada org nk jgk. Tuan rumah tu kata dia akan confirm balik takut org tu jadi nk sewa.

Khamis pg, Teh Mimie call lagi, saja nk kacau . Nk bgtau kami ni mmg nak sgt2 sewa nih. kIRA 'DESPERATE' dah nih.. dia dah serba salah, so dia janji Ahad ni akan call balik sbb dah janji nk jumpa dgn 1st caller tu Ahad ni. frust sket la.. Fuh! mintak2 la org tu xjadi sewa....huhu...

Ni la rumah contoh yg adik & kakak MA nk sewa tu.
Mahalia nama dia. rumah contoh mmg la cantik..sbb dah hias segala kan?
idea ni leh MA cedok sket utk rumah kami nanti kot..pokok2 tang porch kereta tu..hehe

p/s ; Aku pulak yg kalut..hahaha xpe..tumpang seronottttt

Wednesday, December 17, 2008

Celoteh hari ni..

Rasanya sepanjang bulan DIs ni Ma mai keja pakai baju sukan atau skirt labuh je. (rs mcm sport woman/ cikgu pj la pulak..kekeke) Tak pernah pakai baju kurung pun. Al maklum la..ofis xsiap lagi renovate ni. Masih ada sket lagi saki baki kerja tu. Wayar berselirat, barang2 bersepah sana sini..rasa2 mcm dok dlm stor la pulak. Selang seli ngan bersin.. Meriah ofis ku..hahaha..



Start minggu ni plak kami dah mula kemas sket2..Isnin lepas dok basuh bilik kuliah.. Yeaaaa...main air la kami. Sapu2 xmain la..debu mcm padang pasir tu.. Ma plak mai keja aritu pakai skirt labuh..kunun2 nak ladylike sket aritu..haa..tudia..kena basuh bilik kuliah..basah lencun kaki skirt ku..hampeh..

Kelmarin keja mop lantai dan lap kerusi2 banquet tu. (En Dett yg mop..MA tukang kasi support je..hahahaha) pastu kemas barang2 kat meja + kaunter taruk dlm kotak sementara. bila pembekal mai htr buku, kalut plak dok cari cop & stamp pad nk sign SAP..haru tul.

Ari ni? kehkeh..keja mgemop dan vacum bilik bos. tp yg ni bos bt sendiri. MA? dari nampak dok saja..MA p lap pintu glass yg baru ni..sampai kilat tu..... hehe



sat lagi xtau apa plak nk buat. Selagi ruang depan x clear, part MA mmg xboleh bt..so kita tunggu dan lihat aje la nanti.. hehehe

p/s: terasa nk makan prosperity burger Mc D la...huhu..

Monday, December 15, 2008

Kereta tanpa tayar???



Pagi tadi, on d way nak ke ofis masa MA lalu kat dalam taman perumahan yg MA tinggal ada sebuah kereta Myvi kaler putih yang parking kat tepi pagar luar sebuah rumah teres 2 tingkat. Kereta tu dah xde tayar. bukan 1 atau dua, tapi semua tayar kereta dia dah hilang. Kesian tuan punyer kereta tu. Kereta tu baru lagi..yg sedihnya siap di lapik ngan batu jongkong utk support kereta yg dah terjongkit sbb xdpt balance. MA rs tuan punyer kereta x sedar lagi , maybe tgh tdr atau bersiap2 kot. mesti terkejut beruk la nanti dia.

ish risau la....kat taman MA yg multi race nih mmg bila nak tiba time2 raya espcially Krismas..kejadian curik2 ni mmg aktif. Last year aunty sebelah rumah MA tgh siram bunga kat depan umah dia pun kena ragut rantai leher. Depa ni jahat tul..

p/s: rugi sebab tak sempat snap pic kereta tadi. maklum la, MA tgh drive! tumpang simpati kat tuan punyer kereta.. Mesti sport rim cantik tuh...

Sunday, November 23, 2008

Aktiviti hari minggu

Petang jumaat lepas, aktiviti menebas dan membuang pokok2 serta semak didepan rumah. hehe..


Pokok ni kata orang cina utk ubat..tp MA tak tau pulak ubat apa. Aunty yang sewa sebelah rumah ni dulu yang tanam. Sekarang dia dah pindah.. Pokok ni plak lebat betul tumbuh sampai menghalang pandangan depan. Bahaya jugak. Kot2 ada yang sembunyi kat situ..

Sebelum:


Selepas
(sambung pagi Sabtu pulak)



mm...licin kutebas... kan dah terang tu... ni MA buat ngan Abah dan Teh Mimie.
tapi abah tolong hari Jumaat je, Sabtu kena keja plak dia. Plannya nak tanam pokok bunga la plak..baru cantik sket...

Thursday, July 10, 2008

PoCo-pOcO & chickEn DancE










teringat masa kat BTN minggu lepas.. ada chicken dance dan poco-poco.. chicken dance mama xbuat..tp poco-poco dan jugak la 2,3 round..pastu balik..kejang kaki..TQ Pak Ali tolong ajar kami..hahaha..

Tuesday, April 8, 2008

Teka-teki Iman Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Perodua Kembara yang Baru



dpt dari Fuiyoh blog. waah..cantik jugak KEMBARA baru ni.. err..ada yang berkenan?

Tuesday, March 11, 2008

Jom Try

klu rasa2 boring..try games ni..mama dah byk kali buat..tetap betui gak tupai tu teka..ish..ish...

::Mari keluar Mengundi::

semangat betul mama..kul 8.05 dah sampai ke pusat buang undi..Sekolah Kebangsaan Kemudi.. mama ingat pagi2 ni orang dah penuh mcm 4 tahun lepas..rupa2nya..xramai lagi yang datang. Kira mama ni yang terawai la. kehkeh..Bangganya aku..

lepas semak nama mama kena ke saluran 3. xperlu tunggu lama2 pun..mama selesai kul 8.15...cepat kan?rupa2nya sekarang dah banyak pusat buang undi yang dibuka untuk elak kesesakan mcm dulu..bagus la mcm tu kan?

malam tu kami semua tunggu keputusan undi kat rumah je. Ingat nak ronda2 KB tp lagi seronok tgk kat rumah je. kul 1am mama dah tdr..xtahan la ngantuk. Abah plak sampai kul 2.30. byk jgk keputusan yang memeranjatkan dan tidak terduga kali ni.. harapan semoga pemimpin yang dipilih kali ini lebih peka kepada suara rakyat dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Thursday, March 6, 2008

Jom relaks kan otak sat...


ari ni mama saja postkan cerita-cerita lawak..

sekadar hiburan ..enjoyyyyyyyy!!

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami :: Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki

kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?


Lawak 3

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertuna
ngan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Na
mun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 6

Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : .@%


Lawak 7


Dalam kebun ada bermacam buah, tiba2 kebun tu terbakar; semua buah2an
musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. buah cempedak = diluar pagar
2. buah keranji = didalam perahu,dah dibawa belayar... jgn marah haaaa....